Header Ads

  • Latest Posts

    Tempurung Yang Besar dengan Katak yang Bersorak

    Bukan kisah seekor katak yang berada di bawah tempurung, tapi cerita himpunan katak yang suka berada di bawah tempurung. Tempurung yang besar sedikit, bukan tempurung untuk seekor katak. Bukan mereka tak ada asa untuk membina kemajuan tetapi mereka bahagia hidup dengan dunia sendiri.

    Dunia luar yang luas tak dihirau. Terlalu asyik dengan cerita di bawah tempurungnya. Apa jua yang berlaku ingin diketahui sedang semuanya tidak langsung tiada kaitan dengannya. Lebih aneh bila mengetahui sesuatu berita, segera pula dijaja bertebaran di setiap lekuk tempurung. Kalau itu boleh menyelesai kusut dan membina sesuatu yang mulia, tidaklah kita persoal tapi jika itu hanya mengundang parah? Tak ada kemajuan pun. Aneh.

    Hidup kadang-kadang aneh. Memang. Seusai sore tiba hingga mentari menjelma, beribu soal tiba dan hanya tinggal papan tanda, bila sememangnya kita hanya dijawab dengan perasaan aneh. Tentang hal ehwal kawan. Kawan ada macam-macam bulu. Tapi bila bab ada orang nak berkawan dengan kita semata-mata sebab nak korek cerita atau rahsia, memang susah nak fikir. Cuma ada satu soal, apa dia terhibur dengan apa yang dilakukannya? Mohon berhenti aneh, manusia sememangnya banyak ragam dan semua ragam tu tak semuanya kita boleh hadam.

    P/s: Kawan, aku nak jadi kawan kau sebab dalam jiwa aku ada rasa kasih.

    13 ulasan:

    1. ya memang aneh

      kawan

      sebak bile bercerita pasal kawan

      BalasPadam
    2. normal la ttuh kak. manusia. macam macam ragam.. :D

      BalasPadam
    3. PSSS....nampak pada sinopsis, macam best...tunggu anak dara kecik tu review...hehehe...

      BalasPadam
    4. jaa pon nak jadi sain u jugak la..hehee...dah follow sini. dah letak dlm bloglist kelate jaa pon..hehe... ore kelate dop?

      BalasPadam
    5. followers ke-2211 tp xde gambar heee....

      BalasPadam
    6. kawan2 mmg mcm2 ragam dan perangai
      semoga kita selalu mendpt kawan yang sering ke jalan yg di redhai

      BalasPadam
    7. @Atiqah Wadiah
      i love u :)

      @My Little Diary
      ameen,
      sahabat yang didambakan, sahabat yang diredhai..

      BalasPadam
    8. selamat tinggal ipg..heheh
      saya memang ore kelate.
      nak g merantau pulop ni :)

      BalasPadam
    9. @Nick Nashram
      wah.. bestnye.. Tahniah (:
      IPG Mana ni? IPKB??

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728