Header Ads

  • Latest Posts

    Chim Chum di Rostoren D' Mina | Kelantan

    Nak cari Chim Chum di Kelantan punya hal, ligatlah berpusing-pusing di Pengkalan Chepa. Sambil-sambil memeriahkan program Hari Mesra Pelanggan SPP tu, singgah di Restoren D' Mina Seri Pekeliling. Kalau nak cari Seoul Garden, memang tak jumpalah di Kelantan setakat ni.

    Masa tengah taip ni, nak gelak pun ada, sebab excited sangat nak makan, memang lupa nak ambik gambar. Masa kenyang dah nak balik tu baru teringat kamera. Jadi tak dapatlah nak sajikan gambar-gambar makanannya. Chim Chum? Sama macam steamboat cuma bezanya chim chum ni ada grill di tengah-tengah sup tu. Menu yang disediakan tu macam biasalah, sayur, udang, sotong, cendawan, ayam, daging, dan macam-macam bahan proses. Yang paling saya suka, ayam black paper.


    Selain menu yang boleh kita main masak-masak tu, ada juga disediakan makanan berat macam nasi, aiskrim, buah-buahan, colek, cendol dan bermacam-macam lagi pencuci mulut. Sampai tahap perut dah penuh. Kalau jenis suka makan dan banyak makan, memang sesuailah datang sini. Makan seberapa banyak yang kita nak dengan harga yang tetap, RM 18.90 termasuklah harga air. Duk sembang-sembang lebih dua jam, kemudian balik dengan perut yang kenyang dan hati yang senang.

    P/s: Banyak sesi lepak bila memang tak ada kerja ni. Eh?

    34 ulasan:

    1. tempat favrote hana untuk makan ikan siakap.hehe kalau nak makan chim chum ni p dekat food vilage. dekat2 situ jugak :)

      BalasPadam
    2. Salam. Wah! Hujan2 pun sempat gi jln2 cari makan ke? Mmg la masa hujan gini la terasa cpt lapar.

      BalasPadam
    3. ni yg kedai dia di jln nk ke airport kn? akak suka mkn stimbot sini, klau blk selalu pergi, cuma thn ni je tak pergi sb jrg sikit blk kg...sedap kn stimbot dia...

      BalasPadam
    4. ritu lalu sini. tp xsinggah pun. laen kli kne try singgah la ni. he3

      BalasPadam
    5. @Hnahdy Oh yeke? nanti kita try siakap. hee tu la sebab D'Mina murah sikit, tu yang pejam mata kat food village :D

      BalasPadam
    6. @Daddy Zuki Salam kembali.. tapi Daddy, ubi kayu tetap juara musim hujan ni. hehe..

      BalasPadam
    7. @Aisy Nasiha Yes Dear, jalan nak ke lapangan terbang, Baung :)

      BalasPadam
    8. Jelesnya sebab murah. Dah nampak macam sedap je. Nyum :)

      BalasPadam
    9. tak pernah mkn Chim Chum. nampak cam sedap jea tu :)

      BalasPadam
    10. owh... chim chum namanya? malam tadi makan steamboat.... tapi,belum pernah lagi jumpa chim chum

      BalasPadam
    11. steamboat tapi ade grill sekali? waah.. memang sedap sangat tu.

      BalasPadam
    12. kak ayuuuuuuuu ^^

      lama nyerr x jumpaa. rindu-2! hehe

      BalasPadam
    13. setakat ini Arisha pernah makan di Chim Chum Food Village Restaurant saja. memang umppph sangat makan makanan camni pada musim hujan!

      BalasPadam
    14. @kay_are Hehe macam main masak-masak dah :D

      BalasPadam
    15. @LIA AZMAN Miss you too dear, all the best in your exam :)

      BalasPadam
    16. @Rtp Farra Arisha Kita hari tu antara dua, tapi pilih D' Mina. hehe..

      BalasPadam
    17. Bestnya makan kat situ yek..bayar 18.90 bleh makan byk mana yg kita suka kan.. Akak x pernah rasa lg chim chum tu

      BalasPadam
    18. di Food Village lagi bez la awak kalau nak makan chim chum...kat d mina baru sangat dlm dunia chim chum..jalan yang sama..tapi kena tempah awal sebab lepas maghrib memang pelanggan tersangatlah ramai....

      BalasPadam
    19. @PT Tu la, ada nampak juga dalam 50M jarak 2 kedai ni. Ninti kita cuba D'Village pula :D

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728