Header Ads

  • Latest Posts

    Laman Pertukaran Guru | Suka Sama Suka

    Pertukaran, Guru, Suka, Sama, Online, 2013
    Laman Pertukaran Guru merupakan laman sesawang yang dibina khas untuk guru-guru di Malaysia yang ingin bertukar tempat sekolah mengajar semasa. Pertukaran akan dipadankan dengan mudah antara satu sama lain (sesama guru yang berdaftar dengan laman tersebut) mengikutk ehendak yang dinyatakan. 

    Apabila kita telah jumpa rakan bertukar yang sepadan, segeralah berhubung antara satu sama lain dan sama-sama ke Bahagian Pertukaran Guru Kementerian pelajaran Malaysia dan pastikan anda dan pasangan yang ingin bertukar telah mendaftar di e-GTukar. Laman PertukaranGuru.com hanya memadankan guru-guru yang ingin bertukar suka sama suka, selebihnya kita perlu uruskan sendiri.

    Secara ringkasnya, PertukaranGuru.com merupakan laman yang mengumpulkan senarai guru-guru berdaftar dengan laman tersebut yang ingin bertukar tempat mengajar semasa mereka. Secara konvensional, agak sukar untuk mencari pasangan guru yang mempunyai kehendak tempat yang sepadan, namun laman PertukaranGuru.com memudahkan pencarian tersebut.

    P/s: Tapi rasanya sekarang tukar suka sama suka pun orang tak layan. Saat kita memudahkan urusan orang, ingatlah, Allah akan memudahkan urusan kita.

    25 ulasan:

    1. emm skrg ni nk tukar2 ni bukan senang pun... huuu

      BalasPadam
    2. Dh canggih ni..blh tukar suka sama suks..mudahla bg kwn2 yg bkali mtak tukar tp xjuga dapat.

      BalasPadam
    3. berapa peratus agaknya dapat membantu...

      BalasPadam
    4. fuh..
      agak2 ini memudahkan semua pihak ke?
      hehehehee

      BalasPadam
    5. Pernah jugak dengar pasal ni..
      lagi senang nak buat pertukaran bg cekgu2..
      =D

      BalasPadam
    6. leh apply cara ni kalau dpt sabah sarawak nnti...api ntah bile....wink*... =p

      BalasPadam
    7. @Iffah Afeefah Berita terbarunya kita akan ditempatkan dalam bulan januari ni juga :D

      BalasPadam
    8. @zt-zati Senang nak jumpa geng. tukar tu tak tentu lagi.. huhu~

      BalasPadam
    9. @sakinah88 Hhaha.. Yes dear, thats our problem. Entah bila >_<

      BalasPadam
    10. Gamaknya ttp ada terma dan syaratnya
      bukan boleh suka sama suka je kan :)

      BalasPadam
    11. Terima kasih utk info ni...wah nanti boleh try lah...5 tahun dah kat sarawak ni....huhu

      BalasPadam
    12. wah bagus nie ...
      mudah dah skrg nie .. kalau nak tukar sama suke leh mohon aje yee ;)

      BalasPadam
    13. ade jugak sistem mcm ni yea.mesti suah gak kan nak jumpa yg nak tukar suka sama suka

      BalasPadam
    14. eh..ada jgk ye mcm nie..wah bagus2..

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728