Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Cukup-Cukuplah Buat Jiwa Dia Tenat

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Disember 30 18 Buah Fikiran Pengunjung
Pengkhianat, kau dah pernah hancurkan jiwa dia sampai lumat. Dahulu, kau tetap dia tuju meski dia disaji simpang seribu. Tapi setelah cinta melekat, segala usaha dia kau pijak-pijak macam langsung untuknya tak ada tempat. 

Selalu sahaja dia menjerit, mungkin hidup dia terlalu perit, langkah kaki seolah berat,  melangkah setapak pun dia tak larat, memang dia kelihatan merempat. 

Purnama keempat aku lihat dia semakin kuat, segala serpihan rasa disusun cermat dan sekarang kau lagi berani mengatur amanat. Buaya kau dah cukup lajat tapi dia masih sangka cinta kau cukup hangat. Mohon dengar dengan hemat, "cukup-cukuplah tabur harapan berkarat, cukup-cukuplah buat jiwa dia tenat."

P/s: I hate seeing people go back to the same person who hurt them a million times.

18 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger