Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

25 Random Facts About Me | 25 Fakta Rawak Tentang Saya

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Disember 30 43 Buah Fikiran Pengunjung
Oleh sebab dah kena tembak dek Pencinta Hlovate  maka akan tersemburlah 25 fakta yang nyaris-nyaris diautakan ini. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang segmen ni, silalah ketuk pintu rumah  Pencinta Hlovate di sini; Oh, sila klik. Selalu malas nak sertai segmen tapi sehari dua ni rajinlah pula. Demimu Pencinta Hlovate. *Senyum-senyum.
  1. Terlalu cinta akan Mak dan Abah.
  2. Bakal mengajar anak-anak kecil tentang bahasa.
  3. Pengembara yang datang daripada kehidupan kampung.
  4. Pantang benar kalau orang kacau semasa tengah lena tidur.
  5. Suka sangat coklat sampai gigi dah rongak dan suka bunga segar.
  6. Banyak benda yang tak makan dan kecerewetan ini sangat menyusahkan.
  7. kadang baik, kadang jahat. Kalau ada yang tak patut, mohon tegur dan tunjuk ajar.
  8. Suka lepak dengan Adobe Photoshop tapi nak lukis doodle seekor pun sampai hari ni tak jadi-jadi.
  9. Sukakan alam semula jadi, suka hiking, camping, trekking.
  10. Memang takut nak bercinta sebab serik terluka dan rasa dikhianat.
  11. Nampak macam tak endah tapi sebenarnya peduli, kadang-kadang sebaliknya.
  12. Masa zaman kanak-kanak suka tangkap ikan dalam parit dan sawah.
  13. Gemarkan wangian dan saya lebih ingat orang melalui wangian.
  14. Malas mengemas tapi tak suka bersepah. Jadi jangan menyepahkan.
  15. Lebih selesa pergi mana-mana dengan berbaju kurung sahaja.
  16. Malas nak ambil tahu tentang sesuatu yang memberi impak di sisi kiri.
  17. Soal belajar memang malas, tapi ada hati untuk terus melanjutkan pelajaran.
  18. Soal masak pula memang perangai macam minta pelempang sebab goreng telur pun terkial-kial.
  19. Komitmen di waktu malam memang jadi masalah, pukul 9 pun dah boleh siap lena.
  20. Walaupun saya dilahirkan pada 25/05, tapi saya lebih sukakan angka 24.
  21. Waktu kecil dahulu, suka sangat tatap langit di waktu malam, berangan nak petik bintang.
  22. Susah nak sayang orang, kalau dah sayang tu terlampau sayang. Susah nak benci orang, kalau dah benci tu melebih-lebih pula bencinya.
  23. Jadi saya lebih suka untuk santai, sederhana dan buat lagak bersahaja.
  24. Orang kata saya keras hati, tapi saya cuma tak nak panjang-panjangkan masalah yang ada.
  25. Tulis ayat macam nak skema tapi cuma nak jaga perasaan cikgu dan pensyarah, kalau dia nampak bahasa lintang pukang kat sini, kecawa pula dia. Maknanya tak terdidiklah seorang guru bahasa.
Baby, dah siap pun 25. Kita nak tulis 100 tapi pasti tak sempat dan tak ada orang nak baca. Nak keluar dating dengan awek kejap. Jadi saya nak jemput mana-mana 25 orang follower atau lebih untuk menyertai segmen ini. Mana yang dah buat tu tinggal link kat bawah ni nanti saya kemaskini link kamu dalam entry ni. Okay? *Kenyit mata sikit.

Kemaskini:
Roses dan Leeza pun ada buat juga! :)

43 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger