Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Gedung Tekstil Jakel Cawangan Kubang Kerian

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Disember 8 12 Buah Fikiran Pengunjung
Semalam genap seminggu tarikh saya mula bekerja di Gedung Tekstil Cawangan Kubang Kerian. Gedung ni merupakan cawangan keempat Jakel di Kelantan. Saya rasakan tak rugi buka cawangan di Kelantan, rakyatnya memang suka membeli belah. Cuma peniaga kecil akan sedikit gusar dengan persaingan yang ada.

Kalau nak cari tekanan, memang banyak yang kita akan jumpa kan? Tapi saya ke sana untuk mencari keseronokan, kenal-kenal orang, cari pengalaman kerja. Itu merupakan pengalaman pertama saya bekerja. Masa lepas SPM dulu mak tak bagi kerja, duduk rumah sahaja katanya.

Oleh sebab masalah kesihatan dan beberapa sebab yang lain, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas dua hari bekerja. Berdiri 12 jam dari 10 pagi hingga 10 malam itu saya tak biasa. Bukan manja, cuma tak kuasa. Pengalaman dua hari bekerja itu sangat banyak memberikan pengajaran kepada saya. 

P/s: Jumpa nanti dalam entry seterusnya :)
Kredit Gambar: Jakel Malaysia

12 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger