Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Info Majlis Konvokesyen Graduan PISMP Ambilan Januari 2009

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Mac 30 10 Buah Fikiran Pengunjung
Konvokesyen graduan IPG ambilan Januari 2009 yang mengambil masa empat hari kali ini dibahagikan juga kepada dua kumpulan. Isi masa lapang dengan selidik jadual, tentatif dan peraturan yang pelu dipatuhi. Insya-Allah majlis ini akan berlangsung mengikut perancangan dan ketetapan berikut:

Tarikh       : 26 – 29 Mei 2013 (Ahad – Rabu)
Masa        : 8.00 pagi – 5.30 petang.
Tempat    : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

KUMPULAN 1 | 26 MEI 2013 TAKLIMAT & RAPTAI  0900-1030 | PENDAFTARAN 1100-1300
PENGKHUSUSAN/OPSYEN
TARIKH & SIDANG
Bahasa Melayu
Sidang 1
27 Mei 2013 – Isnin
0830– 1200
B. Ed. Tesl
Al-Quran
Pendidikan Jasmani
Sidang 2
27 Mei 2013 – Isnin
1415 – 1730
Pend. Khas (Pembelajaran)
Pend. Khas (Pendengaran)
Pend. Khas (Bahasa Tamil)
Pend. Khas (Penglihatan)
Pend. Khas (Bahasa Melayu)
Bahasa Cina
Sidang 3
28 Mei 2013 – Selasa
0830 – 1200
KUMPULAN 2 | 27 MEI 2013 TAKLIMAT & RAPTAI 1400-1630 | PENDAFTARAN 1630-1730
PENGKHUSUSAN/OPSYEN
TARIKH & SIDANG
Sains
Sidang 4
28 Mei 2013 – Selasa
1415 – 1730
Pengajian Sosial
Pendidikan Islam
Reka Bentuk Dan Teknologi
Sidang 5
29 Mei 2013 – Rabu
0830 – 1200
Matematik
Pendidikan Seni Visual
Sidang 6
29 Mei 2013 – Rabu
1415 – 1730
Muzik
Prasekolah

PAKAIAN DAN PENAMPILAN SEMASA KONVOKESYEN 
  • LELAKI; Baju Kebangsaan Lengkap Bersamping (Warna Gelap), dan Songkok hitam 
  • Lounge Suit (Warna Hitam) dan tali leher 
  • Kasut Kulit Hitam - berkilat 
  • Stoking Gelap 
  • Rambut Pendek, Misai dan janggut didandan 
  • WANITA; Baju Kurung atau Kebaya Labuh atau Pakaian sesuai – Warna tidak terlalu terang 
  • Pakaian kebudayaan, skirt dan seluar panjang tidak dibenarkan 
  • Kasut Kulit Hitam (‘court shoe’)tinggi sekurang-kurangnya 1.5 inci. Kasut sandal tidak dibenarkan 

YURAN KONVOKESYEN 
  • Bayaran RM 200.00 jika hadir. 
  • Bayaran RM 100.00 jika tidak hadir – wajib bayar walaupun tidak hadir. 
  • Bayaran perlu dibuat dengan menggunakankiriman wang/wang pos semasa mendaftar. Bayaran dibuat atas nama “PENGARAH, IPG MASING-MASING”. Tuliskan Nama, Bidang Pengkhususan dan Ambilan di belakang wang pos berkenaan. 
  • Bayaran tunai boleh dibuat semasa pendaftaran di PICC jika menghadapi masalah urusan pos. 

PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN JUBAH 
  • Jubah boleh diambil semasa hari pendaftaran pada 26 Mei 2013 dan 04 Jun 2013 di kaunter pendaftaran di Lobi Aras M, PICC, Putrajaya. 
  • Pemulangan jubah dibuat selepas majlis konvokesyen selesai di kaunter yang sama. 
  • Ijazah hanya akan diberi selepas syarat berikut dipenuhi iaitu jubah telah dipulangkan dan semua hutang dengan institut (jika ada) telah dijelaskan termasuk pemulangan buku perpustakaan dll.
Sumber: IPG Kampus Rajang dan lmsipda

10 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger