Header Ads

  • Latest Posts

    Semak Keputusan STPM Secara 'SMS' dan 'Online' | 18 Mac 2013

    Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin depan (18 Mac 2013). Berdebar-debar bila dapat tahu tentang pengumuman keputusan STPM bagi calon yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun lalu, sebab ada antara orang terpenting dalam hidup saya tu pun turut sama menduduki peperiksaan STPM 2012

    Pada 2012, seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan STPM di 760 pusat pemeriksaan pada 2012 dan daripada jumlah itu, 47,708 adalah calon sekolah kerajaan, 1,112 calon sekolah swasta, 2,795 calon persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri.

    Calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari pada 18 Mac 2013 manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

    Semua calon juga boleh membuat semakan melalui:
    SMS : Taip STPM RESULT <jarak> No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

    Calon yang menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 boleh menyemak keputusan mereka dengan melayari laman web MPM atau menghantar SMS pada 21 Mac ini.

    Sumber: Sinar Harian

    16 ulasan:

    1. gud luck utk semua calon....skank semua dh boleh smak dgn sms jerr....tpi debaran tetap sma cm tunggu result kt skolah..

      BalasPadam
    2. untuk semak spm ada tak cikgu ayu? :)

      BalasPadam
    3. @HeNRieTTa JoSe Tapi zaman kita tu dah cukup bahagia, semua semak di sekolah :D

      BalasPadam
    4. @nadia Ramai yang cakap 20 Mac.. Semak melalui SMS taip SPM dan hantar ke 15888. Tak jumpa berita yang diyakini lagi.. Huhu~

      BalasPadam
    5. anak buah KY ada jua yg ambil SPM..macam manalah keputusaannya nanti, harap2 semoa mendapat yg terbaik

      BalasPadam
    6. @KY Insyaallah semuanya baik belaka :)

      BalasPadam
    7. tahniah pada sumer yg berjaye. pd yg kurang berjaye. jangan putus asa. maseh panjang perjalanan hidup yg perlu ditempuhi :D

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728