Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

RPH KSSR Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia Tahun 2

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, April 27 3 Buah Fikiran Pengunjung
Mata pelajaran    : Bahasa Malaysia
Tahun                  : 2 Anggerik
Masa                    : 8.15 hingga 9.15 pagi
Bilangan murid : 28 orang
Unit                      : 10. Yang Baik Jadikan Teladan
Tajuk                   : Pak Senik Insaf

Standard Kandungan :
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

Standard Pembelajaran :
2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan.

Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Membaca dengan lancar petikan yang diberi dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
 Menyatakan antonim kepada kata adjektif yangdisediakan berdasarkan teks cerita Pak Senik Insaf.

Sistem Bahasa

 Kosa kata                  : luas, kering, miskin, bakhil, gelagat.
 Tatabahasa               : Kata adjektif
 Kemahiran bahasa  : Kemahiran membaca dan menulis.

Pengisian kurikulum
 Ilmu : Budaya dan Amalan Hidup
 Nilai : Murah hati, tolong menolong.

Kemahiran bernilai tambah (KBT)
 Belajar cara belajar
 Kecerdasan pelbagai
a. Interpersonal
b. kemahiran berfikir
c. verbal linguistik

Elemen Merentasi Kurikulum
 Kreatif dan Inovatif

Bahanbantu mengajar (BBM)
 Teks cerita, kad ayat dan lembaran kerja.

Pengetahuan sedia ada
 Murid pernah mendengar cerita-cerita teladan yang lain dan kata adjektif.

Langkahpengajaran dan Pembelajaran
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Tajuk cerita haiwan dan cerita rakyat.

“Sang Kancil Dengan Harimau.”
“Pak Pandir”
“Lebai Malang”
  • Set induksi (5 minit)
  • Murid diminta menyatakan tajuk-tajuk cerita haiwan dan cerita rakyat yang diketahui.
  • Guru menyatakan bahawa setiap cerita mempunyai pengajaran tertentu.
BBB : Buku Cerita
Nilai : Keyakinan
KBT : Kemahiran Berfikir
Teks cerita 
“Pak Senik Insaf”

Penilaian Kemahiran Membaca Mekanis
  • Langkah 1 (20 minit)
  • Murid diedar teks cerita “Pak Senik Insaf”
  • Murid ditunjukkan cara membaca cerita dengan kelancaran, sebutan dan intonasi yang betul.
  • Murid membaca teks cerita secara bergilir-gilir.
  • Guru mengambil markah untuk tujuan penilaian membaca secara mekanis.
BBB : Teks cerita
Nilai : Berani, tekun.
KBT : KBCB
Tatabahasa
Kata adjektif.
Perkataan berlawanan (Antonim).
  • Langkah 2 (10 minit)
  • Murid diterangkan tentang maksud kata adjektif.
  • Dalam kumpulan, murid diminta mencari perkataan adjektif yang terdapat dalam teks.
  • Murid mencari perkataan antonim dengan kata adjektif yang telah dicari dalam teks dan diisi dalam lembaran kerja.
  • Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
BBB : teks cerita, lembaran kerja.
Nilai : kerjasama, berani.
KBT : KBCB, KB, TKP
Keusahawanan:
Etika Kerja Berkumpulan
Menyusun urutan cerita. 
Nilai yang terdapat dalam cerita. 
  • Langkah 3 (10 minit)
  • Murid diedar ayat yang tidak tersusun tentang cerita “Pak Senik Insaf”.
  • Murid menyusun ayat tersebut secara berpasangan dan membuat kesimpulan tentang cerita tersebut.
  • Beberapa orang murid tampil ke hadapan kelas untuk menyusun ayat-ayat yang betul mengikut urutan cerita di papan tulis.
  • Murid membuat kesimpulan cerita dengan membacakan nilai yang terdapat dalam cerita tersebut dengan bantuan guru.
BBB : lembaran kerja, kad ayat.
Nilai : berani, tekun.
KBT : KBCB, TKP
Pemulihan dan Pengayaan
  • Langkah 4 (10 minit)
  • Pemulihan: Mengeja dan membaca kata adjektif dan antonimnya.
  • Pengayaan: Mencipta serangkap pantun berkaitan teks dan membacakannya di hadapan kelas
BBB : Kertas Manila
Penutup Kognitif:
Soal jawab
 Apakah perkara penting yang perlu dikuasai dalam pembacaan mekanis?
 Apakah kata adjektif yang terdapat dalam cerita?
 Apakah nilai yang kamu peroleh dalam cerita?
  • Penutup (5 minit)
  • Murid menjawab setiap soalan yang disampaikan oleh guru.
  • Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran.
BBB : Kertas sebak
Nilai : tekun.
KBT : TKP, KBCB.

Penilaian: Kemahiran Membaca Teks Prosa Moden Secara Mekanis
Aspek yang dinilai
Skor Markah
1. Kelancaran
/20
2. Sebutan
/15
3. Intonasi
/15
JUMLAH
/50


3 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger