Header Ads

  • Latest Posts

    Semak Perniagaan / Syarikat Berdaftar dengan SSM

    Urusan jual beli di internet semakin rancak, perniagaan melalui atas talian ini semakin mendapat tempat di hati para pelanggan kerana urusan ini mampu menjimatkan masa, tenaga dan kos sampingan untuk mendapatkan barangan yang dihajati mereka. Sebagai contoh, sekiranya kita mahu membeli sepasang kain untuk dibuat baju kurung, mahu ke Jalan TAR pun sudah memakan masa dengan kesesakan lalu lintas dan sitambah pula dengan kos minyak petrol dan caj tempat letak kereta, tambah lagi dengan terpaksa berebut kotak tempat letak kereta. Kalau parking jauh daripada kedai, telan lagi tenaga dan masa. Rumit bukan?

    Jadi, gunakan sahaja medium internet. Bina kepercayaan anda melalui testimoni pelanggan terdahulu. Mahu lagi yakin, semak juga pendaftaran perniagaan mereka di lama sesawang SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Sebelum saya melalut panjang, ikut sahaja langkah semakan ini:
    1. Masuk ke portal Suruhanjaya Syarikat Malaysiahttps://www.ssm-einfo.my/
    2. Kemudian daftar sebagai ahli melalui pautan Register Now as e-Account Member !
    3. Selepas mendaftar, boleh daftar masuk menggunakan Username dan Password yang anda cipta.
    4. Seterusnya, anda boleh membuat semakan melalui butang 'Search' menggunakan nama atau nombor pendaftaran syarikat yang anda ingin semak.
    5. Semudah ABC.

    6 ulasan:

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728