Header Ads

  • Latest Posts

    Banner Alas Meja Murid Sekolah Cantik dan Murah

    Suasana bilik darjah yang bersih dan ceria dapat mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten perlu diberikan penekanan oleh guru kelas. Guru-guru perlu mewujudkan bilik darjah yang bersih, ceria serta bermaklumat yang pastinya dapat memotivasi dan mendisiplinkan murid-murid kelak. Persekitaran yang sihat dapat membina kreativiti murid dalam melahirkan idea untuk menjadikan kelas bersih dan ceria. 





    Kos memang agak besar, namun jika murid dididik untuk menghidupkan tabungan keceriaan, bulan keempat persekolahan, guru telah boleh mendapatkan alas meja murid dengan kos minimum. Memupuk nilai murni dalam kalangan murid seperti bekerjasama, tolong-menolong, hormat-menghormati adalah penting dalam mendidik murid menghargai kelas mereka.





    Sekiranya guru-guru tidak berminat untuk menggunakan kata-kata motivasi pada alas meja, boleh juga memilih item bermaklumay yang boleh dijadikan rujukan kepada murid sepanjang sesi pembelajaran. Alas meja berkonsep aksara seperti abjad dan nombor serta carta sifir pastinya membuatkan murid lebih mudah belajar dan membuat rujukan.





    Terdapat juga alas berbentuk permainan. Melalui alas meja ini, guru boleh memanfaatkannya dengan membina sesi pembelajaran yang menarik dan menggalakkan persaingan sihat. Murid boleh bermain sambil belajar. :)





     Material Banner (Tarpaulin).

     Standard ; 300gsm
     RM 4.50 / 1pcs 

     Ukuran ; +/− 20 x 28 (inch)
     Lebihan 1inci sekeliling
     Postage ; RM20/20pcs - SM
     RM26/20pcs - SS






    ❤ O ORDER Via Whatsapp - http://ohwow.wasap.my

    Tiada ulasan

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728