Header Ads

  • Latest Posts

    Bila Bahasa Melayu Seolah-olah Diperanjing Bagai (1)

    Mungkin saya terlalu beremosi tapi jelasnya saya tak suka 'bahasa' saya seolah-olah diperanjing. Segolongan mereka seolah-olah mempertikaikan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara di sekolah. Mula-mula rasa macam nak hempuk kepala mereka, biar mereka fikir secara rasional. Tapi kita kena bertindak profesional. Dalam banyak-banyak komen mereka, ni antara yang buat saya sakit dan sedih;

    Kenyataan mereka 1:
    Memperkasa Bahasa Melayu? Siapa nak tolong translate nota Sains dan Matematik? Mana pejuang bahasa tu? datanglah, tolong translate nota ni.

    Kenyataan mereka 2:
    Bila orang sibuk nak memertabatkan bahasa berjaya, tahniah. Tapi sekarang semuanya senyap. Orang Sains dan Matematik yang jadi mangsa. Mana buku Bahasa Melayu? Lepas 8 tahun bergelumang dalam Bahasa Inggeris, tiba-tiba tukar Bahasa Melayu, kami yang terkial-kial. Orang bahasa gembira berjaya dan hasrat tercapai.

    Kenyataan mereka 3:
    Berjuang demonstrasi untuk tukar bahasa. Kalau bawa sample buku rujukan biodiversiti dalam Bahasa Melayu tu bagus juga. Senang kita nak belajar. Baru ada motif kita nak alih bahasa. Pensyarah tak pening. Kita tak pening nak jawab ujian. tak sepening jawab fizik yang tiba-tiba jadi melayu.

    Malas nak salin banyak sebab nanti akan lebih banyak yang perlu dialih ke dalam bentuk formal. Sebagai orang yang mencintai bahasa dan hak-hak Melayu, saya tersentap bila membaca ayat memerli dan menghentam tu. Sedih. Dangkalnya pemikiran seorang bakal pendidik tentang bahasa Melayu. Apa terlalu hina dan tak ada nilai bahasa kita? Saya teringin nak bidas dan hurai satu per satu kata-kata mereka, insyaallah saya akan mencari ruang.

    P/s: Mungkin kalau golongan ni yang memerintah negara, akan wujud buku teks Bahasa Melayu versi bahasa Mat Saleh untuk budak-budah sekolah, lebih senang bagi mereka. Kononnya Bahasa Melayu ni susah, ketinggalan zaman pada mereka. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri!

    11 ulasan:

    1. Orang Melayu yang memperlekehkan bahasa sendiri patut dihentuk dengan belakang parang..

      BalasPadam
    2. mungkin kt dah keliru dengan apa sepatutnya kt pertahankan..

      BalasPadam
    3. bahasa sendiri bergantung pada orang sendiri.

      BalasPadam
    4. amat menyedihkan bila mengenangkan nasib bahasa Melayu tetapi itulah hakikat yang harus diterima.

      BalasPadam
    5. rasa cam penah terbaca kenyataan2 tu...
      manusia mmg x suka berubah..apa lg klu prubahan tu mnyusahkn bg dia..& bila jd gitu, emosi akn kawal diri.. & bila emosi kawal diri, kata2 n perbuatan x sama sperti kebiasaan.. pape pun, sptutnya mrk berfikir dlu sblm beri apa2 knyataan..

      BalasPadam
    6. apa nk jadi dgn orang kita..tgok sekarang ni?org melau gaduh sesama sendiri..malu laa...

      BalasPadam
    7. sungguh sedih....knapa jadi mcm 2?sepatutnya kita mempertahankannya...

      BalasPadam
    8. sallam,

      Saya marah dengan budak2 sekarang yang selalu menulis pesanan ringkas dengan ejaan singkat, sebab saya haram tak faham sepatah pun. Ini pun kira mencemar bahasa juga.

      BalasPadam
    9. mungkin nak kan kemajuan tapi tanpa sedar bahasa sendiri diperlekehkan..

      BalasPadam
    10. =)
      setuju. nasib baik berita kt tv dgn suratkabar msih guna bm.

      BalasPadam
    11. secara jujur saya tak pndai bermain bahasa...

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728