Bila Bahasa Melayu Seolah-olah Diperanjing Bagai (2)
Kamu mempersoalkan tentang memperkasakan bahasa Melayu?
Apa masalah kamu? Salahkan orang-orang Tanah Melayu memperkasakan bahasanya? Habis semua benda kamu nak gadai bermula dengan 'Tanah Melayu', apa lagi yang tertinggal untuk orang Melayu miliki? Keretapi Tanah Melayu? Baju Melayu? Kau jangan lupa daratan.
Alih bahasa nota-nota bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu?
Sewaktu alih bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dahulu, ada fikir semua ni? Jadi, seharusnya kamu tunding jari kepada siapa? Masih lagi pada pejuang Bahasa?
Kau jadi mangsa sebab kerajaan alihkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu?
Kau tak fikir berapa ramai lagi mangsa yang akan diperjudikan nasib mereka sekiranya PPSMI tetap diteruskan dalam bahasa Inggeris?
Selepas bergelumang selama 8 tahun dengan bahasa Inggeris kemudian tukar kepada bahasa Melayu, kau terkial-kial?
Kau tak kira mak ayah kau terkial-kial semasa terpaksa mengajar dalam bahasa inggeris setelah 30 - 40 tahun mengajar dalam bahasa Melayu?
Nak motif P&P diajar dalam bahasa Melayu?
Baik, kalau bukan orang Melayu yang nak guna bahasa melayu, siapa lagi? Kau baru belajar untuk mengajar, kau belum tahu macam mana rasanya mengajar. Bagaimana dengan nasib anak-anak di luar bandar? saya mengajar sekolah di kawasan bandar pun masih ada yang buta huruf dan tidak fasih menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Bahasa Inggeris? Jauh sekali.
Tiba-tiba jadi Melayu? Tersentap?
Kamu sepatutnya bersyukur sebab kenal bahasa Inggeris menerusi mata pelajaran Sains dan Matematik seawal Tingkatan 1/Darjah 1. Saya jumpa semua tu di Kolej Matrikulasi! Siapa lebih tersentap?
Pejuang Gembira? Rasa Berjaya bila hasrat tercapai?
Bukan pejuang bahasa ego dalam menuntut kemenangan, namun mereka lega kerana penggunaan bahasa Ibunda sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan murid keciciran.
Susah dengan istilah?
Jangan terkongkong sangat, dalam bahasa Melayu juga ada kata pinjaman atau serapan. Contoh yang paling senang, 'ambulans'. Itu merupakan bahasa serapan daripada bahasa Inggeris. Nanti mengajar, tak perlu 'sebuah kenderaan yang menganggut pesakit, yang mempunyai lampu merah dan berbunyi nengnonengnong'.
Minda kolot sebab tak nak terima bahasa Inggeris?
Mungkin kamu yang kolot, suka sangat agungkan orang lain, suka sangat tiru orang lain! Rusia yang sangat terkenal dengan kegemilangannya dalam bidang sains angkasa tu guna baha Inggeris? Tak! Jepun? Cina? Perancis? Mereka tetap menggunakan bahasa Ibunda mereka!
- Jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Kenyataan kamu menimbulkan rasa tidak puas hati. Kalau pening sangat, sila berjumpa dengan Puan Rogayah Osman. Beliau merupakan salah seorang Munsyi Dewan sekitar Lipis.
mermartabatkan bahasa melayu..nice..=]
BalasPadammungkin ini satu percubaan dari kerajaan. dan sekarang mereka sedar untuk berpatah balik. bagi saya mencuba sesuatu yang tidak pasti adalah kurang wajar haha
BalasPadamsalam
BalasPadambangga jadi anak melayu y islam..
betul,martabatkan bahasa ibunda dulu..pemimpin sibuk perjuangkan bangsa tapi banyak menggadaikan khazanah bangsa...
BalasPadamparok weh anok2 jame loni...
BalasPadamish2...
Hidup bahasa Melayu....;-)
BalasPadamkita memertabatkan bahsa melayu di samping memperkasakan bahasa inggeris.
BalasPadammermartabatkan bahasa melayu.good
BalasPadam