Ahsfantasy24 Jatuh Cinta Dengan Encik Mimpi!
Lama tak bercerita tentang cinta ni. Entah. Cinta? Tapi pagi tadi buka muka buku, tengok pautan ke blog dia; Encik Mimpi. Orang tahu, saya blogger yang pemalas untuk berjalan-jalan di blog, cukup-cukup bawah tempurung kalau orang bersembang tentang blogger itu dan ini, saya diam sahaja. Dah terlajak, sampai di blog Encik Mimpi, jatuh hati, terus klik join this site! Sebab... Saya dah jatuh cinta dengan lagu Putus di Twitter! Lagu tu sangat comel. Euww~
Lirik lagu Putus di Twitter:-
Dulu kita berkenalan hanya dengan muka buku, ku hantar pesan cinta tiap hari padamu, ohhh indahnya saat itu... Tapi bila ku katakan nak follow twittermu, kau cuba mengelak dengan alasan seribu, ohhh curiga rasa hatiku... bagaimana sakitnya rasa, bila mendapat tahu kau ada twitta. Rupa-rupanya kau dan orang ketiga di belakangku sedang bermanja mesra.
Banyak persoalan yang berada di minda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja. Hati kata, "jangan". Otak pula kata, "ya". Resah kerna kau sedang main kayu tiga. Banyak soalan yang ku tujukan padamu,"Eh, lelaki mana yang you selalu tweet itu?". "Setiap yang berlaku patut ke patut tanya?". Itu jawapan yang engkau beri padaku.
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku, ku tahu kau dah bersedia nak putuskanku. Ohhh geramnya sungguh hatiku... Dan pabila kau katakan kau dah tak suka ku, ku terdiam terkedu dan terus tumbuk mukamu, lebam. Baru kau tahu apa itu, cinta di buku lima.
P/s: Buah hati pengarang jantung Encik Mimpi harap tak marah, kita jatuh cinta dengan lagu dia tu je :)
dah dgr dah... mmg sweet laa.. sempoi aje kan...
BalasPadamturut dengar jua semalam..kelakar..
BalasPadamada twitter? Nak follow boleh..?;)
i suka jugak lagu tu. sumpah lawak
BalasPadamagaknya macam manalah muka encik mimpi nie?????? agak-agak hensem ke sampai semua biodata peribadi dirahsiakan.....
BalasPadamtapi... jangan risau sebab saye always sokong encik mimpi... semoga satu hari nanti jadi komposer or penyanyi yang terkenal...
sokong Yuri Atisha... =D *tapi, Encik mimpi ckp dia xmau jadi artis... =(
BalasPadamhttp://buahmulut.com/xtvt/2011/10/16/temubual-eksklusif-buahmulut-bersama-en-mimpi-penyanyi-putus-di-twitter/
apa2pun, encik mimpi mmg bez... =D