Header Ads

  • Latest Posts

    Bukan Tak Nak Teman, Cuma Tak Mahu Kongkongan

    Yang itu tak boleh, ini tak boleh, yang tu jangan, yang ni jangan, yang tu larangan, yang ni larangan. Ya, jika semua yang tidak itu sememangnya telah termaktub dalam hukum sejak awal penciptaan kita, tak sukar untuk kita terima. Sesuatu yang seiring dengan norma masyarakat, tak susah untuk kita patuh. Jangan buang sampah merata-rata; itu jelas, memelihara kebersihan sekeliling kota, beri kebaikan buat semua. Jadi senang kita nak terima, bukan?

    Tapi macam mana pula bila kita ditegah, dilarang, dihalang untuk melakukan sesuatu yang biasa dan tak salah melalui pandangan sisi sesiapa melainkan dia yang entah apa-apa? Kalau untuk kebaikan kita, tak mengapa, itu patut disyukuri dan dibangga. Tapi bila keselesaan itu berat sebelah dan kita yang menanggung seksanya, mengapa perlu menyeksa diri?

    Tak ada langsung perasaan bongkak, tapi rasanya hidup kita sememangnya lebih aman tanpa telunjuk orang. Terkongkong itu terlalu memenatkan bila batasnya melampaui yang sepatutnya. Hidup biar tak berteman asalkan ada pedoman, tapi itu bukan alasan untuk kita memilih hidup keseorangan.

    Kalau kongkongan yang terpaksa dilalui itu tak relevan dengan kita, buat tak tahu sahaja. Kalau kita tak ikut, dia merana. Kalau kita ikut, kita yang merana. Adil pada diri sendiri. Kalau betul tindakan kita, teruskan sahaja. Lama-lama dia akan faham, tindakan kita bukanlah untuk menyakiti dia.

    P/s: Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan, berdua jalan kaki saat turun hujan.

    18 ulasan:

    1. hurmmm.. kalau semua nak jaga perasaan orang lain, tapi diri sendiri tak tenang tak guna juga kan.. kadang2 yang mana kita rasa betul tegakkan.. asal tak lari dari pegangan agama la.. orang lain tak akan faham apa yang kita alami.. hehehe.. :D

      BalasPadam
    2. kenapa pulak nih ? tak puas ati ngn sape tuhh ? huhuhu :)

      BalasPadam
    3. siapa dia nak halang-II kan ? biarlah kita buat apa yg kita nak ^^

      BalasPadam
    4. betul betul.buat hal sendiri lag seronok. :D

      BalasPadam
    5. kdg2 kokongan itu perlu dilihat sebagai landasan serta batasan :D

      BalasPadam
    6. ''jgn ingat aku lembu kena cucuk hidung !''


      hehe :)

      BalasPadam
    7. huu..kdg2 ada baiknya, ada juga buruknya..

      kena rasional dan fikir dl dl sblm mengongkong dan dikongkong oleh org lain..huhu

      tp susah kan?huu

      BalasPadam
    8. @deen azmee
      Setuju, orang takkan faham sebetulnya
      tentang apa yang kita alami :)

      BalasPadam
    9. @BENA
      Dengan orang yang suka mengongkong
      melampaui batas, ngeee~

      BalasPadam
    10. @TiTi
      jangan sampai batas melampaui batasan :)

      BalasPadam
    11. @shanas ishak
      Kalau lembu tu, dia takleh nak wtpe
      la klw orang nak cucuk hidung dia, hee

      BalasPadam
    12. @Juliet_iRa~"
      Kalau untuk kebaikan kita, tak apa.
      jangan sampai menyeksa kita :)

      BalasPadam
    13. ya...

      semuanya terletak di tangan kita....;)

      ikot diri kita sndri dear..heheh

      BalasPadam
    14. hoho...nice entry. suka bc entry2 ckgu

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728