Melayu Berniaga Macam Pelahap Muflis
Makluman, entry ini panjang, luahan rasa saya sebagai pelanggan yang sangat tidak berpuas hati. Borang OKU kakak saya memerlukan gambar berukuran pasport. Nak bawa kakak saya ke kedai gambar memang sukar kerana dia berbadan besar orangnya. Jadinya sayalah yang jadi jurugambar, adik beradik yang lain pula jaga bahagian props dan lighting.
Bila semua dah selesai pagi tadi abah ke Pasir Tumboh untuk cuci gambar. Saya biarkan sahaja sebab waktu itu saya masih belum mandi. Saya tuliskan semuanya atas sekeping kertas, lokasi gambar dalam pendrive, saiz, dan salinan. Biasanya kalau hal yang berkaitan dengan gambar, saya yang akan uruskan semuanya dan saya memang tak suka masuk kedai gambar yang abah pergi tu.
Macam biasa, saya akan susun gambar tersebut macam susunan gambar Lisa Surihani kat atas tu, empat keping gambar atas satu layer kemudian minta kedai cetak saiz 3R. Harganya kalau cetak lebih daripada 10 keping boleh jadi paling rendah 45 sen sekeping. Kalau sekeping dua kemudian nak ekspres, paling mahal pun 2 Ringgit Malaysia sekeping.
Tadi bila abah balik, abah cakap RM 16. Memang saya terperanjat. 2 keping gambar 3R dengan harga RM 16. Gila kau tak terperanjat? Saya memang sakit hati. Senangnya orang kampung jadi mangsa eksploitasi. "Bro, abah aku memang tua, warga emas, tapi tu bukan alasan kau senang-senang ambil kesempatan!"
Saya segera mandi, ambil gambar yang abah bawa balik tadi, pergi semula ke kedai gambar tu. Nak tanya apa yang membuatkan gambar tu mahal sangat. Macam-macamlah alasannya. Dia siap tanya saya kenapa abah tadi awal-awal tak tanya tentang harga? Ni saya nak tanya, "kau tu nak berniaga, nak sediakan perkhidmatan, nak memudahkan urusan orang tanpa aniaya orang atau nak memampuskan orang?"
Sakit hati yang sangat melampau. Masa tengah bersoal jawab tu, abah sampai. Abah follow saya dengan motor rupanya, takut saya buat kecoh tempat orang atau takut saya dibelasah orang mungkin. Saya bukan nak buat kacau. Saya cuma nak tahu, itu hak saya sebagai pelanggan/pengguna. Kalau abah tak ada, ingin sahaja saya campak gambar yang dicetak tu atas muka peniaga tu. Pelahap sangat duit orang. "Aku lagi suka kau muflis awal-awal. Nanti tak adalah orang-orang kampung terkena auta kau macam situasi abah aku terkena tu."
P/s: Jom belajar tentang hak kita sebagai pelanggan! Buat aduan di laman ini.
anak abahhh .. hihi
BalasPadamcekik darah betol lah kedai tu... sanggup dia buat mcm tu kat warga emas.. sepatotnya Melayu tolong Melayu, lebih2 lagi kalau Islam...
BalasPadamitu gambar kakak ke? cantik....
nak tahu value blog ?
BalasPadamhttp://syamiminazifa.blogspot.com/2011/12/nak-tahu-value-blog-korang.html
Gila cekik darah kut ? Dasat , mentang mentang lah org tua , senang senang je dia kencing . Ngeks !
BalasPadam*Eh gua pulak emo . -.-
memang patut kena bahasalah...setakat RM16 tu takleh jadi jutawanlah.
BalasPadamkalau harga berpatutan, pahala pun dapat....kan kan
hidup jangan nak menipu boleh x taukey?
BalasPadamkureng betol la taukey ni !
hidup jangan nak menipu boleh x taukey?
BalasPadamkureng betol la taukey ni !
@Mien Eaststar
BalasPadamAnak mak dan abah la mien :D
@Semut Senyum
BalasPadamEh sayang, tu gambar google,
lisa surihani zaman muda :D
@SyamimiNazifa
BalasPadamkejap lagi orang check :)
@Cik Kamoo
BalasPadamKalau kedai menjaga hati pelanggan,
kita pun tak serik nak latang lagi kan? :)
@nitnot
BalasPadamMemang takkan jejak kaki lagi la situ >_<
@shanas ishak
BalasPadamYang sedihnya bila MELAYU >_<
teruk nya. dah tahu salah bukan nak mintak maaf.
BalasPadamtumpng simpati..hu~
BalasPadamkamu buka la kedai kamera dan printing gambar lepas nii.. jaga harga.. jangan aniaya customer.. :)
p/s: anak yang baik, banyak-banyak sabar ya!
@Aflina Affandi
BalasPadamdesperate nak kaya mungkin~
@student
BalasPadamSabar tu comel.
mmg nak makan penampar lar menipu terang2 mcmtu! tp bagus tindakan kau tu, bukan masalah duit, tp kejujuran tu letak kat mana?
BalasPadam@TiTi
BalasPadamHarapnya tak ada peniaga yang suka
ambil kesempatan macam tu..
yeah,kuasa pengguna!
BalasPadam@ChIk NyNaH
BalasPadamAku psiko dia, ambil gambar dalam dan
luar kedai tu, ;D
br 4 hari lepas buat report kt persatuan pengguna sbb peniaga dobi telan baju2 aku.
BalasPadamish,,sah2 cekik darah,,teruk nyaa
BalasPadamohhooii..
BalasPadamberani betul lisa surihani ni
@Najwa Frankenstein
BalasPadamAku kena menuntut dengan kau nak buat report,
cukup menyampah dengan kejadian macam ni :(
@iszieylyanziy
BalasPadamDarah cukup2 tercekik >_<
@ishiko
BalasPadamHe3, comel tak lisa muda2? ;D
pehhhh cekik darah betol
BalasPadamishhhhh garangnya diaaa . hehehe :)
memang melampau betul tu..betul kita kena tahukan sebagai hak pengguna..
BalasPadam@BENA
BalasPadamadik beradik dengan singa :D
iskk mahalnya..serius la..ptt pon buat aduan..
BalasPadam@Juliet_iRa~"
BalasPadamMujur 16, kalau banyak lagi,
memang layak bakar la kedai tu ;(
klau mn2 kdai buat pasal, blh report kt sini; http://www.nccc.org.my/v2/index.php/e-aduan
BalasPadamteruknyoo kedai gitu. mentang2 org tua hk mri beli. hishh..pantang dgn ore gitu!
BalasPadam@Najwa Frankenstein
BalasPadamBeres wa, thanks for sharing :)
@-atiQah-
BalasPadammenyakitkan hati >_<