Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Ya, Kurang Cerdik Kerana ARGUNG PRIVILEGE !

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, September 12 56 Buah Fikiran Pengunjung
Kurang pasti dengan apa yang saya rasa, tapi yang pastinya saya ni mudah rasa kasihan. Kalau ada orang minta perhatian/sumbangan, rasa bersalah sangat kalau saya tak dapat nak menyumbangkan.

Begitu jua dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah yang selalu muncul dengan kerusi meja di pusat-pusat membeli-belah atau kaki-kaki lima. kalau yang buat tak endah, saya tidaklah berasa tidak kena. namun jika makhluk ciptaan Allah tu beriya-iya mempromosikan sesuatu, lembut sahaja hati saya, tidak pernah terbit perasaan ragu-ragu tentang apa mungkin saya ini akan dikhianati.


19 Mac 2009 |KB Mall Aras 1|
Saya berseorangan untuk mencari buku 'Aku Terima Nikahnya' karangan Ustaz Hasrizal. Kesalnya, di Popular dan Muda Osman Bookstore kehabisan stok. Pasrah..

Melangkah keluar dari Muda Osman Bookstore, ada seseorang berlagak seperti gorilla, mendepakan tangan ala-ala mengawal anak-anak ayam untuk masuk ke reban, menyuruh saya duduk di kerusi tempat promosinya. konco dia pun bersembur-semburlah air liur mempromosikan kad keahlian Argung Privilage. Malas saya nak ingat balik dan tulis semua omongan gila itu, menyakitkan.

"Bayak kelebihan cik, cik isi borang, daftar. Harga promosi ni, bayar dulu RM60. Nanti cik bayar kemudian bakinya bila ada duit nanti."

Ya, ayat tu membuatkan saya mengisi borang, bayar RM60. pada sangkaan saya, kondisi ini sama sepertinya dengan promosi Kad Aziz Desa yang saya membayar pendahuluan sebanyak RM50 pada tiga tahun yang lalu. Keahlian tersebut terbatal dengan sendirinya bila saya tidak melangsaikan baki selebihnya. Tamat di situ.

Meleset. Berbeza pula dengan kali ini. agennya terlalu menyibuk mengganggu ketenteraman hidup saya, meminta saya melangsaikan baki selebihnya. akhirnya saya mengambil keputusan mendiamkan diri, malas nak melayan.

Kelmarin dia hubungi saya lagi menggunakan 'private number'. perempuan. rasa-rasanya geng dia yang menyamar, kononnya mengaku dari Kementerian Pelancongan Malaysia, Putrajara! kalau betul dari KPM, kenapa guna nombor private (no number) macam public phone kat hostel saya dulu? kenapa tak guna nombor KPM Putrajaya (03-8888 8854)? Ya kesabaran saya hilang.

"I dari Kementerian Pelancongan Malaysia. I nak cakap tentang Argung Privilege, kenapa you tak nak bayar?""sorry, i tak berminat,""Oh, macam tu ya? I bukan nak minta u bayar apa-apa sekarang, I cuma nak inform tentang notis saman,""saman?""Ya, notis saman akan dikeluarkan dalam masa 24 jam ni. Denda sekurang-kurangnya RM2000 atau PENJARA""kenapa?""You tak nak bayar penuh, syarikat mengalami kerugian memproses kad untuk you,""Whatttt? dulu pihak you cakap selagi I tak bayar penuh, pihak you takkan proceed kad. nak rugi apa pula??""bla.. bla.. bla.."

Saya mula tak faham. saya hubungi agen, FAZLI (+60162075376). Saya tanya dia macam mana jadi macam ni. Dia pun mula menjawab, terkadang menyimpang dari pertanyaan saya. Mungkin dia tak ada jawapan untuk persoalan saya, tiba-tiba telefon bertukar tangan, perempuan, ala-ala singa betina. Saya pun tak faham butirannya tapi suaranya mirip perempuan yang kononya dari kementerian pelancongan tadi. Cakap menengking-nengking, tak bagi saya peluang untuk bertanya panjang. Saya malas nak layan semua ni lagi, tutup cerita, saya ajak kawan pergi bank, selesaikan. Hangus sisa elaun, RM300 yang melayang entah ke dalam perut makhluk laknat mana.


Takut, sedih, terkilan. Terfikir jua tentang duit, tapi lagi pedih bila rasa ditipu, kena marah lagi dengan perempuan tu. Sakit! seharian juga air mata sering tertumpah. Namun ni pengajaran terhebat buat saya, hidup mesti diteruskan. Buat sahabat-sahabat yang pernah terkena, kongsilah pengalaman, buat yang belum terkena, berhati-hatilah, buat yang panjang akal, nasihatilah.

Sayang Argung ni? See... And SEE!!!

56 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger