Header Ads

  • Latest Posts

    Gangguan Seksual di IPBA!

    INSTITUT Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG KBA) Kuala Lumpur melahirkan ramai pendidik berkaliber. Malangnya, tindakan pensyarah tertentu menimbulkan kegelisahan pelajar perempuan. 

    Masalah kami sudah dibawa ke pengetahuan pengurusan tertinggi institut, namun tiada tindakan diambil. Ini memaksa kami mendedahkannya melalui media supaya Bahagian Pendidikan Guru turun padang menyiasat masalah itu.

    Pelatih perempuan sering berdepan gangguan seksual pensyarah lelaki. Perkara ini berlarutan dari semasa ke semasa yang mengundang keresahan serta ketakutan. Pensyarah berkenaan sering menyentuh bahagian tertentu tubuh. Walaupun cuba dihalang dia terus melakukannya berkali-kali. Bentuk gangguan seksual lain ialah melalui pujuk rayu di telefon. 

    Saya antara mangsanya dan sentiasa ketakutan di institut ini kerana bimbang terserempak dengan pensyarah berkenaan yang akan mengambil kesempatan menyentuh saya. Kejadian ini berlarutan sejak sekian lama dan ramai pelajar perempuan menjadi mangsa. Saya beranggapan institut ini tempat selamat untuk menuntut ilmu, begitu juga anggapan ibu bapa.

    Sebaliknya, pensyarah yang tidak bertanggungjawab mengancam dan menggugat keselamatan pelajar perempuan di institut itu. Pihak pentadbir mengetahui perkara ini, namun tiada tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan. 

    Saya harap perbuatan tidak bermoral ini dapat tangani segera oleh IPG KBA dan Bahagian Pendidikan Guru bagi mengembalikan kepercayaan dan keselesaan pelajar perempuan sepanjang berada di institut itu.

    PELATIH KETAKUTAN,
    Buat semua pembaca, semoga Allah merahmati kalian.
    IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, 
    Kuala Lumpur. 

    Sumber : Berita Harian

    18 ulasan:

    1. ya Allah gle la..x b'moral btul lecturer tuekan? ish ish :(

      BalasPadam
    2. Uiks..ini tak boleh jadi..gangguan seksual lagi bahaya dari gangguan pelesit..he!

      BalasPadam
    3. saya telah highlightkan isu ini dalam blog saya..

      Salam perpaduan!

      BalasPadam
    4. perghh bahaya tol..seb bek maktab kita lom ada sampai tahap camtu

      BalasPadam
    5. fiqa n abg relevan:
      huhuhu..bhaya tu..igauan kn?
      tkotnyer~~~~~~~~~

      BalasPadam
    6. imheppie:
      hmm hrap2 kte trlindung dr
      sume tu kn... fobia t, huhu~

      BalasPadam
    7. bangsa malaysia:
      thanks!! 1malaysia!!
      =D

      BalasPadam
    8. Assalamualaikum WBT
      Masya Allah pe nak jadi dunia skrg ni .. tak nak insaf2 lagi ke ..
      New way cantik le pla comment box ni bagi tips skit bleh ?? hehe

      BalasPadam
    9. waalaikumussalam..
      hmm zman kjatuhan tmadun kte..huhu..
      coment cox? cbox eyh?..
      hmm emoticon eyh?.. =)

      BalasPadam
    10. aduhai....bahaya sgtlah gguan seksualni...xtau nak ckp mcm mana....mangsanya tu yang terukkkk...

      BalasPadam
    11. huhu,,hmm tu la kn en ariff..
      ishk dgar pom geli gleman de lect cam tuu..
      karate ramai2 jomm!! =D

      BalasPadam
    12. bismillahirrahmanirrahim..
      biar betul kak..ade juga kes macam ni di klgn pndidik...bile nak amek tindakan? x kan nak dibiarkan mcm ni jer.. (~~.)

      BalasPadam
    13. ade nis..
      bhye, rosak generasi..
      hmm nie bkak sem mst kcoh gak ip dorg..
      cam ip kte pna msuk paper sal mknn tu,
      huhuhu..............

      BalasPadam
    14. heee
      isu biskut tu ker.. betul2

      BalasPadam
    15. huhu..
      ntah sape la yg ngadu mkn bskut tu,
      klakar lak ase.. tp pape pn,
      sume tu de pro+kontra gak..=)

      BalasPadam
    16. PAK PENTADBIRAN PUN KENA JAWAB SEBAB TAK AMBIL TINDAKAN.ERKARA INI PERLU DIKETENGAHKAN.KALAU DIBIARKAN NANTI BANYAK MANGSANYA.PERKARA MUNGKAR INI PERLU DIHENTIKAN.LAPOR KEPADA PIHAK LAGI ATASAN.KEPADA KEMENTERIAN BIAR PIH

      BalasPadam
    17. Salam 1Malaysia... Buat Pelatih Ketakutan. Isu yang anda paparkan dalam blog anda ini amat serius & sangat berat tuduhannya. Jika ianya benar-benar berlaku, nasihat saya jangan cuba keruhkan lagi keadaan & apa yang perlu anda buat ialah buat satu laporan polis berhubung situasi ini. Biap pihak polis yang menyiasat. Usah jadikan blog ini sebagai medan publisiti yang boleh mencetuskan kekeliruan semua pihak. Sekian, harap maklum.

      BalasPadam
    18. Bizain:
      hrap2 solusi trbaik dpt dperoleh,

      Admin JPJK:
      artikel ni masuk paper dh..
      utusan ny paper..
      link artikel sbnar, sila klik di link yg dsediakn..
      =)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728