Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Alkisah Terapi dengan Minum Air Kencing

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Disember 27 34 Buah Fikiran Pengunjung

Sebagai pembuka katanya, saya petik sedikit berita dalam Harian Hetro hari ini tentang Singoi Jaya yang berusia 96 tahun yang merawat sakit dengan meminum air kencingnya sendiri. Selain Singoi Jaya yang berasal dari Sarawak itu, Mantan Perdana Menteri India Morarjibhai Desai yang mengamalkan minum segelas air kencing setiap hari.

Bagaimana cara berubat dengan air kencing ni? Khabarnya minum 1 gelas air kencing setiap kali selepas bangun tidur. Ambil air kencing pertengahan, kemudian... Eh tiba-tiba rasa loya! Geli. Okay saya hentikan cara berubat tu. Kalau mahu mengetahui selanjutnya, sila tanya Pakcik Google ya,


Terdapat sumber yang menyatakan bahawa minum air kencing sendiri ini dapat merawat pelbagai penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, kanser dan sebagainya. Adakah ini semua adalah kepercayaan atau telah disokong oleh mana-mana fakta dan bukti analisis? Setakat ini saya masih belum percaya akan cara terapi ini apatah lagi untuk meyakininya. Mengamalkannya? jauh sekali. Bahkan jika terbukti benarnya, saya tak sanggup!

P/s: Buat muslim yang ingin atau telah mengamalkannya, sila teliti sedalamnya, adakah ia haram ataupun makruh buat anda. Air kencing itu najis bukan?

34 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger