Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Facebook Membosankan?

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Disember 30 58 Buah Fikiran Pengunjung

Seawal di bangku sekolah Friendster memikat hati remaja di zaman itu seterusnya bila dah berhijrah ke instutut, giliran Facebook pula melebarkan wilayah sehinggakan 24 jam itu dirasakan terlalu singkat. Makan pun sambil mengadap komputer, mandi pun terkadang sepantas kilat kerana khuatirnya rakan menunggu lama untuk berbalas komen. Ah, rasa saperti kecerdikan di masa itu cukup kritikal!

Tak tahu apa puncanya, tapi sekarang rasa macam bosan! Mohon maaf kepada rakan blogger yang cinta tahap dewa dewi terhadap Facebook ni. Mungkin ini hanya perasaan saya. Saya sekarang lebih gemar menghabiskan masa di rangkaian Blog, membaca dan menulis tentang sesuatu yang bakal mencairkan sesuatu yang beku di minda saya.

Kalau dulu, dalam satu hari, tangan ni gatal semacam hendak menukar status sehingga 2-3 kali tapi sekarang seminggu sekali pun rasa dah malas. Adakah saya bosan dengan Facebook sebab saya tak pernah main games yang disediakan dalam rangkaian sosial tersebut atau Facebok ini sememangnya membosankan?

P/s: Nikmat Allah yang sering dipersiakan oleh manusia adalah nikmat masa (kelapangan) dan sihat (kesihatan). Jom, manfaatkan kedua-duanya dengan sebaik mungkin!

58 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger