Header Ads

  • Latest Posts

    Terhantuk tapi Tak Terngadah: Hebatnya Penyangak!


    Pujangga pernah berkata sudah terhantuk baru nak terngadah. Kalau macam tu rasanya lebih elok dari pada sudah terhantuk dan dihantuk sampai hancur tempurung kepala pun masih tak terngadah-ngadah. Apa masalahnya?


    Sakit hati saya melihat keadaan 72 hektar tanah rizab perkuburan islam di Bukit Enggang Hulu Langat telah musnah teruk angkara penyangak pasir. Habis bukit digondol dan tanahnya telah membentuk kawah sedalam 24 meter untuk mendapatkan pasir secara haram. Nak tunggu keadaan pulih macam biasa? Tunggu dapat cicit dulu, mungkin.

    Kalau saya cakap lebih nanti silap-silap haribulan, boleh masuk ISA. Kalau penyangak tu dah berjoli berjuta-juta ringgit dengan hasil jualan pasir yang disamun dengan memperkosa hak bersama rakyat tu apa pula hukumannya?? Setakat denda 50 000 alahai boleh jadi sebesar tahi hidung bagi mereka!

    Berita Harian, Harian Metro dan sekutu-sekutunya jangan duk sibuk nak tayang artis-artis yang bercerai berai tu, cuba tempek sikit gambar dalang pengkhianat ni! Biar orang kenal sikit lanun darat ni. Sita lori angkut tanah sana sini, sita jentera itu dan ini, cuba sita aset dalang keparat tu!

    Eh, memang sakit hati! Kalau kes-kes macam ni contohnya curi pasir atau pembalakan haram, bila dah berpuluh-puluh hektar dah rosak baru nak sedar, tak pantau atau macam mana?! Dah pantau tapi mereka buat balik? Kalau dah terang mereka tonggeng punggung terhadap tindakan kita, tu mungkin perlu dikaji hukuman dan denda yang sedia ada tu.

    P/s: Memang cerdik la engkau penyangak. Aku ni yang kurang cerdik sebab tak belajar besungguh-sungguh untuk jadi Perdana Menteri.

    17 ulasan:

    1. kene didik anak murid supaya sampai mampu jadi Perdana Menteri yang beriman la macam ni erk?huu..

      BalasPadam
    2. wahh!!memang lepaskan geram ni.. ;p

      BalasPadam
    3. memang penyangak betol la... pencuriiii~~~!!!! ehm aku pun emo gak nih dgr..haha

      BalasPadam
    4. sama la...sakit jugak hati ila neh....

      BalasPadam
    5. salam..

      surat khabar nak tarik pembaca..

      BalasPadam
    6. giler.. curi pasir kubur.. haaa... nih dah bisnes terlebih dah ni...

      BalasPadam
    7. >> ✿....rossa alina....✿:

      nk lpaskan gram kt era, tkot dorg
      ptuskan talian, lpas kt cni jew la ^^,

      BalasPadam
    8. >> Sudir Suichi:

      pelahap harta kite sume tuk kpntngan
      diri, mmg xptot...:(

      BalasPadam
    9. >> HonEyBuNNy + ANATI SOKI:

      gile nk kaya cpat kot, huhuhu
      nsb baik xp jual maya2 lam kubur
      skitar tu.. oppppsss...!

      BalasPadam
    10. >> sekamar rindu:

      salam kmbali~
      a'ah.. nk wt cmane kak, org2 kte lbih
      sukakn hiburan. lw tyg artis comel
      bsar2 lam paper tu cpt2 jep beli..

      BalasPadam
    11. cyg!kalau dah smpai buat mcm tuh bukan penyangak lagi.pemusnah tuh..huihhh!

      BalasPadam
    12. >> echah mashuri:

      tu la, xaman dunia ad owg cam tu~

      BalasPadam
    13. sengal abes penyangak tuh . alaa die boleh buat curi2 pasir2 tu agaknye bgi rasuah jugak tu . x gtu ?


      opsss takut nk komen lelebeh. heee~

      BalasPadam
    14. hish... ape la.. dah tak de keje lain kot dorang nie.. nak menyangak pasir.. aduih... cik su harap dorang segera bertaubat la..

      BalasPadam
    15. >> BENA:

      a'ah.. itulah yg ingn sy smpaikan,
      trima ksih krana mmahami syg..
      opsss...! trlpas sdah...

      BalasPadam
    16. >> Cik Su:

      tu la, dlam otak asek pk nk cari jalan
      pntas nk kaya raya, glap la ati dorg
      nei mkn duit hram, yg bsubhat tu pn
      bley jlan la~

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728