Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Mengapa Timbul Masalah Penempatan Guru 2011?

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Januari 16 18 Buah Fikiran Pengunjung

Jiwa dilanda tempias kerisauan tentang masalah yang melanda guru-guru pelatih IPG yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2010 dan masih belum mendapat tempat di sekolah seperti produk IPG yang sebelumnya. Kalau dahulu pelajar Institut Pendidikan Guru diberikan jaminan penempatan, mengapa situasi sekarang mencetuskan kebimbangan atas kelewatan yang berlaku?

Jika lambakan guru di sekolah punca situasi ini berlaku, mengapa masih berterusan pengambilan KPLI dilakukan, mengapa KPLI masih ditempatkan di sekolah-sekolah, dan mengapa permohonan GSTT masih dibuka sampai sekarang? Bagaimana nasib mereka yang telah bertungkus lumus dalam pengajian profesyen perguruan selama lima tahun setengah?

Baru enam bulan yang lalu digembar-gemburkan khabar kekurangan guru di media massa, masakan sudah penuh? Meski Sabah sekalipun Sarawak, jiwa seorang bakal guru telah dididik untuk kental mendidik anak bangsa bukan?

Masalah ekonomi? Masalah kewangan? Mungkin. Tapi apa gunanya lambakan buku teks, cendawan makmal komputer dan popular kemunculan subjek baru jika kita miskin dengan sesuatu yang bergelar insan pendidik.

Masalah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)? Ini juga satu kemungkinan sebab MQA khabarnya sedang sibuk mengakredit Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang ditawarkan oleh OUM. Tapi rasanya kerja-kerja MQA telah selesai Disember yang lalu, sila rujuk laman MQA.

Terbaca tentang surat maklum balas di laman Cikgu 24, rasa simpati, mungkinkah lapisan guru pelatih yang lain bakal menghadapi nasib yang serupa? Setakat ini, tiada jaminan penetapan tarikh penempatan dan penempatan guru hanya berlaku sekiranya terdapat kekosongan tempat, opsyen pengajaran dan juga keperluan perkhidmatan. Jadi kena rajin-rajinlah jenguk laman KPM.

P/s: Ada kaitan tak dengan post saya 15 bulan yang lalu? Kalau berkesempatan sila jenguk post pembekuan penempatan. Saya doakan agar kesulitan ini segera dapat diatasi. Sabar, pasti ada hikmah di sebalik penyembunyian udang.

18 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger