Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Kajian Profesion yang Paling Dipercayai di Malaysia

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Julai 29 20 Buah Fikiran Pengunjung
Semasa makan tengah hari di kantin tadi, Encik Tam ada bertanyakan kepada saya tentang profesion yang paling dipercayai di Malaysia. Saya pun ingat-ingat lupa, tapi yang pastinya saya cakap yang doktor merupakan profesion yang paling dipercayai manakala profesion yang paling tidak dipercayai dalam 15 senarai profesion yang dikaji adalah ahli politik. Encik Tam tanya lagi tentang sumbernya, tapi saya betul-betul ingat-ingat lupa tentang itu. Apa yang saya ingat cuma tangga teratas dan tangga yang paling bawah yang pernah saya baca beberapa tahun yang lalu. Oleh sebab Encik Tam tu orang yang saya hormati, saya selongkar akhbar lama atas talian. Alhamdulillah jumpa di laman The Star Online.

Saya nak tempek juga di sini, alang-alang cari untuk Pak Tam. Tak salah berkongsi, bukan? Kajian ini dilakukan pada 5 tahun yang lalu. Mungkin ada naik turun tahap kepercayaannya. Namun nyatanya, kajian di United Kingdon dan Malaysia tak jauh beza keputusannya.

Kajian ni dilakukan oleh Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM) yang melibatkan responden setempat daripada universiti dan pusat membeli belah. Tertakluk kepada peredaran zaman ya, saya tak pasti tentang kedudukan sekarang. Kalau ada yang tahu, mohon berkongsi sumbernya.

P/s : Doktor?

Duit Syiling Baru Malaysia

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Julai 27 37 Buah Fikiran Pengunjung
Masa ada beberapa minit lagi untuk saya ke sekolah, ada aktiviti pengakap di SK Clifford. Saya berminat untuk menulis tentang syiling baru yang akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Malaysia ni suka sangat ubah-mengubah ni. Biarkan, asal ada rasional dan manfaatnya.

Syiling baru yang akan dikeluarkan adalah syiling dengan nilaian 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Ada beberapa perubahan yang dilakukan, boleh rujuk gambar di atas. Menurut Gabenor Bank Negara, syiling ini mempunyai beberapa kelebihan, antaranya:
  1. Mempunyai corak budaya dan warisan;
  2. Lebih kecil dan ringan;
  3. Sisi tepi yang berbeza, memudahkan orang cacat penglihatan kenalpasti nilai;
  4. Logam baharu yang digunakan adalah lebih berkualiti.

Denominasi
Ikon
50 sen
Sulur Kacang
20 sen
Bunga Melur
10 sen
Orang Asli Motif
5 sen
Destar Siga

Syiling baru ni akan diperkenalkan awal tahun depan. Bukan setakat syiling, duit kertas pun akan bersiri baru menjelang September nanti. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang syiling ni, jom kita jenguk laman Bank Negara Malaysia.


P/s : Biar macam mana pun reka bentuk baru, saya tetap suka syiling yang punyai corak wau, congkak, yang telah digunakan sejak 20 tahun yang lalu.

Draft.blogger.com Semakin Cun!

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Julai 26 10 Buah Fikiran Pengunjung
Sejak dua menjak ni blogger.com asyik buat hal, tak tahu pula apa sebabnya. Paling ketara bila tulis entry. Butang compose dan HTML menghilang. Nak muat naik gambar pun kadang-kadang susah. Itulah sebabnya saya lagi suka guna draft.blogger.com, senang, selesa. Paparannya pun semakin cun, ala-ala wordpress.com dah sekarang, tersusun kemas gadjet pilihan di sebelah kiri. Jadi buat mana-mana rakan blogger yang belum cuba, jom kita guna draft.blogger.com

P/s : Orang cakap tak kenal maka tak cinta. Tapi sekarang saya nak cakap; kadang-kadang semakin kita kenal, semakin kita tak cinta. 

Sejarah yang Membuat Jiwa Parah

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Julai 19 24 Buah Fikiran Pengunjung

Aku cuba menerima bahawa semua itu adalah sejarah namun jiwa ini masih parah. Bukan keringat tak kukerah untuk aku berserah dalam pasrah. Namun setelah jiwa dan segalanya ku serah, aku takkan sesenangnya mampu berpaling arah meski yang lain datang meriah meraih cerah. Apa pernah kamu mencinta? Ya, aku telah sehingga sebegini sukar untuk aku mencelah menghindar lelah.



P/s: Membiarkan kamu berlalu bersama masa lalu, tak semudah aku membiarkan kamu meniti hari bersamaku sewaktu ketika dahulu.

Bila Bahasa Melayu Seolah-olah Diperanjing Bagai (2)

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Julai 13 8 Buah Fikiran Pengunjung
Kamu mempersoalkan tentang memperkasakan bahasa Melayu?
Apa masalah kamu? Salahkan orang-orang Tanah Melayu memperkasakan bahasanya? Habis semua benda kamu nak gadai bermula dengan 'Tanah Melayu', apa lagi yang tertinggal untuk orang Melayu miliki? Keretapi Tanah Melayu? Baju Melayu? Kau jangan lupa daratan.

Alih bahasa nota-nota bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu?
Sewaktu alih bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dahulu, ada fikir semua ni? Jadi, seharusnya kamu tunding jari kepada siapa? Masih lagi pada pejuang Bahasa?

Kau jadi mangsa sebab kerajaan alihkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu?
Kau tak fikir berapa ramai lagi mangsa yang akan diperjudikan nasib mereka sekiranya PPSMI tetap diteruskan dalam bahasa Inggeris?

Selepas bergelumang selama 8 tahun dengan bahasa Inggeris kemudian tukar kepada bahasa Melayu, kau terkial-kial?
Kau tak kira mak ayah kau terkial-kial semasa terpaksa mengajar dalam bahasa inggeris setelah 30 - 40 tahun mengajar dalam bahasa Melayu?

Nak motif P&P diajar dalam bahasa Melayu?
Baik, kalau bukan orang Melayu yang nak guna bahasa melayu, siapa lagi? Kau baru belajar untuk mengajar, kau belum tahu macam mana rasanya mengajar. Bagaimana dengan nasib anak-anak di luar bandar? saya mengajar sekolah di kawasan bandar pun masih ada yang buta huruf dan tidak fasih menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Bahasa Inggeris? Jauh sekali.

Tiba-tiba jadi Melayu? Tersentap?
Kamu sepatutnya bersyukur sebab kenal bahasa Inggeris menerusi mata pelajaran Sains dan Matematik seawal Tingkatan 1/Darjah 1. Saya jumpa semua tu di Kolej Matrikulasi! Siapa lebih tersentap?

Pejuang Gembira? Rasa Berjaya bila hasrat tercapai?
Bukan pejuang bahasa ego dalam menuntut kemenangan, namun mereka lega kerana penggunaan bahasa Ibunda sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan murid keciciran.

Susah dengan istilah?
Jangan terkongkong sangat, dalam bahasa Melayu juga ada kata pinjaman atau serapan. Contoh yang paling senang, 'ambulans'. Itu merupakan bahasa serapan daripada bahasa Inggeris. Nanti mengajar, tak perlu 'sebuah kenderaan yang menganggut pesakit, yang mempunyai lampu merah dan berbunyi nengnonengnong'.

Minda kolot sebab tak nak terima bahasa Inggeris?
Mungkin kamu yang kolot, suka sangat agungkan orang lain, suka sangat tiru orang lain! Rusia yang sangat terkenal dengan kegemilangannya dalam bidang sains angkasa tu guna baha Inggeris? Tak! Jepun? Cina? Perancis? Mereka tetap menggunakan bahasa Ibunda mereka!

- Jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Kenyataan kamu menimbulkan rasa tidak puas hati. Kalau pening sangat, sila berjumpa dengan Puan Rogayah Osman. Beliau merupakan salah seorang Munsyi Dewan sekitar Lipis.

Bila Bahasa Melayu Seolah-olah Diperanjing Bagai (1)

Posted by Ahsfantasy Ryu 11 Buah Fikiran Pengunjung
Mungkin saya terlalu beremosi tapi jelasnya saya tak suka 'bahasa' saya seolah-olah diperanjing. Segolongan mereka seolah-olah mempertikaikan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara di sekolah. Mula-mula rasa macam nak hempuk kepala mereka, biar mereka fikir secara rasional. Tapi kita kena bertindak profesional. Dalam banyak-banyak komen mereka, ni antara yang buat saya sakit dan sedih;

Kenyataan mereka 1:
Memperkasa Bahasa Melayu? Siapa nak tolong translate nota Sains dan Matematik? Mana pejuang bahasa tu? datanglah, tolong translate nota ni.

Kenyataan mereka 2:
Bila orang sibuk nak memertabatkan bahasa berjaya, tahniah. Tapi sekarang semuanya senyap. Orang Sains dan Matematik yang jadi mangsa. Mana buku Bahasa Melayu? Lepas 8 tahun bergelumang dalam Bahasa Inggeris, tiba-tiba tukar Bahasa Melayu, kami yang terkial-kial. Orang bahasa gembira berjaya dan hasrat tercapai.

Kenyataan mereka 3:
Berjuang demonstrasi untuk tukar bahasa. Kalau bawa sample buku rujukan biodiversiti dalam Bahasa Melayu tu bagus juga. Senang kita nak belajar. Baru ada motif kita nak alih bahasa. Pensyarah tak pening. Kita tak pening nak jawab ujian. tak sepening jawab fizik yang tiba-tiba jadi melayu.

Malas nak salin banyak sebab nanti akan lebih banyak yang perlu dialih ke dalam bentuk formal. Sebagai orang yang mencintai bahasa dan hak-hak Melayu, saya tersentap bila membaca ayat memerli dan menghentam tu. Sedih. Dangkalnya pemikiran seorang bakal pendidik tentang bahasa Melayu. Apa terlalu hina dan tak ada nilai bahasa kita? Saya teringin nak bidas dan hurai satu per satu kata-kata mereka, insyaallah saya akan mencari ruang.

P/s: Mungkin kalau golongan ni yang memerintah negara, akan wujud buku teks Bahasa Melayu versi bahasa Mat Saleh untuk budak-budah sekolah, lebih senang bagi mereka. Kononnya Bahasa Melayu ni susah, ketinggalan zaman pada mereka. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri!

Praktikum 2 | Sekolah Kebangsaan Clifford

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Julai 7 21 Buah Fikiran Pengunjung
Apa hal pula tayang gambar Dato' Siti Nurhaliza kat sini kan? Nanti, biar saya cerita. Beberapa bulan yang lalu, menyemai cinta di Sekolah kebangsaan Budu, menjalani praktikum fasa pertama. Saya simpan cerita tu dalam hati, indah. Sekarang berada dalam fasa kedua, ditakdirkan pula menguntai kasih di sekolah Siti Nurhaliza sewaktu ketika dahulu, Sekolah Kebangsaan Clifford. Itulah sebab terpampangnya gambar Dato' Siti atas tu.

Sekolah Kebangsaan Budu dan Sekolah kebangsaan Clifford. Kalau nak dibandingkan dari segi nama, saiz sekolah, bilangan murid, nilai-nilai, kesibukan dan sebagainya, sudah tentu berbeda namun setiap sesuatu tu ada lebih dan kurang yang tersendiri. Bila perlu mengajar murid tahun 4 dan 5 kelas paling hujung, memang agak mencabar tambahan pula masih ada antara mereka yang buta huruf. Namun saya akan sentiasa cuba mencari kekuatan dalam kelemahan mereka.

Saya selalu berangan untuk bertugas di Sekolah Kebangsaan Zainab (2) dan sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (2). Memang angan-angan yang indah bila saya suka akan cabaran!

P/s : Baru 3 hari bertugas di sekolah ni, saya dah sakit tekak dan hampir-hampir hilang suara. 

...Tulisan Rakan Blogger