Header Ads

  • Latest Posts

    Bukan Ayat Nak Manis Sahaja, Memang Awak Kesayangan Saya

    Ah, rindu blog! Bila dah check-in di kampus ni, nak 24 jam dengan blog tu memang susah. Jadual punya padat setiap hari kuliah sampai 4.30 petang yang tak lagi dicampur dengan kelas malam, lepak pun punyalah sendat; lama tak jumpa kawan-kawan. Pendek kata, memang masa bergerak terlalu pantaslah! Maka, mohon maaflah jika ada komen yang tak terbalas atau kunjungan yang belum berbalas.

    Otak rasa ketat walau jiwa tak kelat, nak tulis tentang apa pun saya tak ingat. Jadi saya tinggalkan tulisan ini dengan serangkap dua tulisan; untuk dia yang kurang percaya:-

    Mungkin banyak ketika awak nampak saya sayang awak sambil lewa. Awak sakit hati sebab masa awak jatuh tangga tempoh hari tu saya hanya asyik ketawa. Awak rasa saya hanya permain jiwa saat banyak kata saya lepaskan sahaja tanpa fikir awak mungkin akan terluka.
    FBuat semua pembaca, semoga Allah merahmatimu.
    Awak lebih rela saya berdusta dan merahsia kata semata-mata nak nampak semuanya bahagia. Saya cuba untuk sayang awak dalam cara sederhana sahaja. Sebab itu yang paling bahagia katanya. Walau apa yang awak kata, walau saya tidak dipercaya, ini bukan ayat manis sahaja, saya memang sayang awak sampai bila-bila.


    P/s: Hilangkan ketegangan saraf memikirkan bilik di aras 5 kolej kediaman. Memang dah takdir nak jadi mangsa keadaan. Meninjau lipis ini petang jom!

    11 ulasan:

    1. jeles tengok awak dapat balik ipg jalani rutin sebagai pelajar, tau..isk..rindu kenangan itu ;(

      BalasPadam
    2. tak pe, weekend kan ade, so spent time weekend ngan blog k!!ehehe


      feel free to visit me at speechless009.blogspot.com

      BalasPadam
    3. ayat tuh untuk seorang kawan yang telah jatuh tangga kah ? huhuu :)



      stadi leklok ayu ! heee :)

      BalasPadam
    4. @Ila Aqilah
      Hehe, tak pa, nanti ada kenangan yang
      lebih indah selepas study kan? :)

      BalasPadam
    5. @Mishter Izwän
      hehe, ni pun baru lepas balik jalan2
      hehe kejap akan terbang ke sana ! :)

      BalasPadam
    6. @BENA
      yeah, kawan tu dah jatuh tangga! :)
      u can read my word so well my dear !

      BalasPadam
    7. terkebil-kebil memikir..

      siapa? siapa yang tak percaya? Si 'Awak' tak percaya si 'Saya' sayang dengan si 'awak' ?

      Siapakah awak siapakah saya?

      atau ini hanya nota cinta buat si dia?

      Tapi si dia tu siapa?

      Oh.. aku ni sungguh banyak tanya!! ahahaha... tapi malu bertanya sesat jalan.. aku memang dah sesat!! :)

      *baik! Aku nak godek baca lagi.. tgk apa aku dapat? hehe..

      BalasPadam
    8. aras 5?bia benar?huu kesiannyaa...

      mmg bz bila da msk sem baru..btw, sem bpe dah ni?5 ke 7?heee

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728