Header Ads

  • Latest Posts

    Sesi Lepak Di Smoke House, Cameron Highlands.

    Mungkin disebabkan sekolah di daerah Cameron Highlands ni tidak banyak yang berada dalam kawasan bandar iaitu 15 daripada 24 buah sekolahnya terletak di luar bandar, maka sekolah-sekolah di sekitarnya sering menjadi tumpuan Pejabat Pelajaran Daerah termasuklah sekolah tempat saya menimba pengalaman. Acap kali pemantauan dilakukan. Kesannya, sekolah agak sibuk. Banyak program perlu diuruskan.

    Dalam hal ini, lepak itu perlu. Tenang-tenang melepak bersama kedinginan, sepi itu menjadi suatu keindahan, tidak sesekali sunyi. Lewat petang pulang dari sekolah, menuju ke Smoke House yang terletak di Tanah Rata. Bangunan berkonsepkan english tudor yang dibina sekitar tahun 1939 ini mengagumkan, persekitarannya indah, berhadapan dengan padang golf. Kalau nak jumpa pondok telefon ala-ala London  di Cameron ni pun, ada di sini walau dah agak usang.

    Tapi bila tiba hujung minggu, saya takkan bermimpi nak datang sini, sesak mungkin. Pada saya, tempat ni sangat sesuai kalau nak buat photoshoot.  Kalau nak buat pre-wedding tu tak digalakkan sangatlah, kata orang, tak elok. Buat pasangan suami isteri, jemputlah berbulan madu di sini, harga penginapan ikut level 3 bintang sahaja. Senyum.

    P/s: Setiap kejadian adalah lambang kekuasaanNya. Subhanallah. Esok ada pensyarah kacak nak datang menyelia saya di sekolah. *Suka. Harap semuanya berjalan lancar.

    38 ulasan:

    1. salam..
      ermm..sejuk la tidur malam-malam
      kat sini kan..tak payah aircon dah :)

      BalasPadam
    2. Nampak dlm gmbr cantik tmpt ni... Tak pernah sampai lg ke cameron highlands.. Mungkin one sweet day akan sampai juga..hehehe

      BalasPadam
    3. haihhh ble la pulak nak jejak kat cameron highlands nie..huhu

      BalasPadam
    4. salam ziarah..
      untung laa..
      cantik pemandangan, rasa ketenangan..biar dalam kesibukan =)

      BalasPadam
    5. wah.. memang cantik!

      *Pensyarah kacak? hehe..

      BalasPadam
    6. @Rozuan Ismail
      cool :)

      @zulkbo
      salam kembali. kat sini susah nak
      jumpa kipas pun bang ;)

      @'idun sa'idun
      honey moon? hehe insyaallah, mudah-mudahan ^^

      @fatinshah
      holeh tahan dear, huhu..

      BalasPadam
    7. @Nong Andy
      kacak dan bergaya! hehe~

      @qamarguyz
      Tuhan dah ciptakan panas dan sejuk ;D

      @al-mankaraqi
      dah kat pahang tu tak jauh dah,
      datang la sini ! ;)

      @biela bell
      hee.. praktikum sini syg ^^

      BalasPadam
    8. tenang je kat sini kan,,best sangat

      BalasPadam
    9. untung lah. sy masih mencari duit dan isteri untuk hneymoon disana, msti best

      BalasPadam
    10. cantiknye umah tu,,,teringin nak g sanen jugak....

      BalasPadam
    11. mesti tidur x mau bangun dr katil..sejuk ni

      BalasPadam
    12. cantek nye tempat dan rumah tuhhh

      BalasPadam
    13. dah lama xpergi cameron highland...
      ingin sekali pergi kesana lagi..
      ehehee

      BalasPadam
    14. lame sangat dah tak datang kat cameron ni.. last mase tu kecik lagi.. siap muntah2 g.. terus fobia pastu..

      BalasPadam
    15. ila egtkan dkat fraser hill tadi..cm sama gambarnya sikit2...

      nak g sana la..hehehe

      BalasPadam
    16. waaaa... cantik.. nak p jugak lah macam ni !

      BalasPadam
    17. @khairul
      hee kena cuba dulu ;D

      @ciK LyndaWawa
      jom linda! (:

      @Mishter Izwän
      nak cari duit tak sesusah mncari isteri ^^

      BalasPadam
    18. @kay_are
      dah besar ni kompem tak fobia dah ;D

      @mie
      duit dah banyak tu mie, jemputlah!

      @Diyana Norman
      cantik kan? ^^

      BalasPadam
    19. bos pon ada bagi cadangan nak g jejalan cameron . xsabaaa . sbb da lame xpergi . hihihi:)

      BalasPadam
    20. @BENA
      meh, banyak taman menarik sini ^^

      @EmpayarUtama
      jemputlah ^^

      @Nazz@Purple
      sejuk (:

      BalasPadam
    21. lameee bebenooo dh x gi cameron
      hehehehe ;))

      BalasPadam
    22. @aimie amalina
      kalau best duk sini pun,
      best lagi duduk kampung ^^

      BalasPadam
    23. Jangan jadi hakim tapi jadilah peguam....Yang masih ade budi bicara dalam ulasan s'suatu kes....

      BalasPadam
    24. @AzwanRamli
      Kalau nak jadi hakim pun,
      biarlah bijaksana ^^

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728