Header Ads

  • Latest Posts

    Penggunaan Perkataan Guris dan Gores

    Facebook ni menarik juga, boleh memberikan ilmu. Itupun jika kita gunakan dengan sebaiknya. Semalam satu ilmu baharu yang saya dapat iaitu penggunaan perkataan 'terguris' dalam penulisan. Apabila ada pensyarah kacak saya tegur barulah saya perasan.

    Jom, tengok apa kata Kamus Dewan!
    1. gores (gorés) garis, calar, coret (corek); ~ api korek api, mancis; 
    2. bergores, bergores-gores bergaris(-garis), bercalar(-calar), berparut(-parut); 
    3. menggores menggaris, mencalar, menggarit; ~ hati melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan; 
    4. menggoreskan menggariskan, menggaritkan: ~ pisau pd meja; 
    5. tergores tergaris, tercorek; ~ dlm hati terlintas dlm hati, terfikirkan: tidak ~ dlm hatiku derhaka kepadanya; 
    6. goresan yg sudah digores (digaris), tanda atau bekas digores;
    7. penggoresan perihal menggores, pencalaran, penggaritan;
    8. penggores alat (spt pisau dll) utk menggores; kores.
    Manakala perkataan guris, terguris, gurisan pula langsung tidak ada dalam daftar kata Kamus Dewan.

    Kita selalu guna perkataan guris dalam menerangkan kelukaan terutamanya yang berkaitan dengan perasaan. Terguris hati, terguris perasaan dan sebagainya. Ini yang boleh kita perbetulkan sama-sama. Tukar perkataan tersebut dengan perkataan gores. Betullah apa yang Luna Maya nyanyikan tu.

    P/s : Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

    10 ulasan:

    1. ari tu pn fazilah kate cmni gk.. guris mmg xd.. pastu ejaan reda ialah 'reda', bkn 'redha' yg slalu org guna skang..

      BalasPadam
    2. ada orang gores-toreh perasaan saya hari ini

      BalasPadam
    3. @Anisa Hang Tuah
      sabar dear.. ada hikmah akan tiba ~

      @Diya Edhayaa
      Banyak jgk yg salah kita terbiasakan. huhu..

      BalasPadam
    4. tak peduli.. nak guna 'guris' juga ahahaha...

      ayat/perkataan tu byk. cumanya tak masuk dlm buku dewan bahasa dan pustaka..

      " jangan berusik hati ah"

      maksudnya..
      " jangan tergores hati ya"

      BalasPadam
    5. @Nong Andy
      kalau mengajar anak murid nanti,
      kena intai kamus dewan dan tatabahasa dewan ^^,

      BalasPadam
    6. gores? heheh....xpernah taw plak yang guris itu tidak wujud dalam daftar kata....

      BalasPadam
    7. tergores.. ok2.. thanks kak yu. btw, tak sempat nak like status tu. baru nak femes jap. haha

      BalasPadam
    8. hah mekasih mention kan ye

      br tau gak

      BalasPadam
    9. @Iffah Afeefah
      SHARING IS CARING :)


      @Hansyirah Takezur
      laen kali lak kita pemeskan. hehe..

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728