Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Dia Sudah Terlalu Lama Jaga Rasa Yang Selalu Buat Dia Luka

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, September 22 22 Buah Fikiran Pengunjung
Detik waktu yang dilalui bukanlah jarak yang dihampiri. Kamu terlalu jauh dan menjauh. Dalam tangis sendu dia utus rasa rindu. Rasa itu sememangnya tak menentu, sering ingin dia bunuh tapi dia tak mampu. Meski masa perlahan meninggalkan pergi, saat bersama itu buat dia tidak pernah mengenali kamu. Entah siapa yang dia sayang, entah siapa yang dia buru, entah siapa yang saban hari dia tunggu hingga dia longlai rebah di kaki sendiri; berkali-kali. 

Rasa lelah menzalimi diri sendiri tapi mengapa dia tidak memilih untuk pergi? Dia tidak kuat, dia tidak mampu. Lepaskan sesuatu yang pernah dia rindu itu dia tidak sanggup. Mungkin dia bukan yang setia dan suatu hari nanti dia akan pergi. Dia janji dan kau boleh hitung detik bermula hari ini. Mungkin dia kejam, tapi dia sudah tenat betarung dengan rasa yang tajam. Bila nanti matanya harus pejam, aku doakan dia pejam dengan rasa damai. Dia sudah terlalu lama menjaga rasa yang selalu buat dia terluka. Terlalu.

Seminar Kajian Tindakan Peringkat IPG KTAA

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, September 20 11 Buah Fikiran Pengunjung
Sehari dua ni kalut dengan Seminar Kajian Tindakan Peringkat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Setiap dua orang wakil yang telah membentangkan hasil kajian tindakan pada peringkat unit akan dibawa ke peringkat ini. Maknanya dalam kalangan 191 orang guru pelatih, cuma 18 orang sahaja yang akan terpilih. Nak jadi panel pembentang sudah tidak layak, sumbanglah sedikit masa untuk Jawatankuasa Brosur untuk Majlis Penutupan bawah pemantauan Awang Jantan dan jawatankuasa atasan. Alhamdulillah sebelum masuk waktu Asar tadi, segalanya usai dan boleh ke dewan tonton teater Sleeping Beauty and The Beast dengan aman.

Selamat maju jaya buat semua panel pembentang:
  1. Mohd Arham Bin Mohd Ramli 
  2. Aminah Binti Ibrahim 
  3. Nurul Farhanah Binti Bakar 
  4. Shanmuga Devi A/P Paramesvaran 
  5. Mohd Jumain Bin Ismail 
  6. Saidatul Baktiah Binti Abd Razak 
  7. Parthiban A/L Govindasamy 
  8. Nurrul Azwan Bin Ahmad 
  9. Kalaivani A/P Palanymuthu 
  10. Thirchana A/P Kunamsergam 
  11. Nur Amalina Binti Ahmad Sayuty 
  12. Yogananthini A/P Ramachandran 
  13. Nurul Solehah Binti Mohd Zubir 
  14. Kamal Sufiyan Bin Mustafa Kamal 
  15. Siti Husna Binti Mohd Basir 
  16. Fathiah Binti Mokhtar 
  17. Muhammad Fadzli Bin Hamzah 
  18. Mohd Fahmi Asyraf Bin Mohd Nor Azmi

WW #21 | Save Your Heart

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, September 19 7 Buah Fikiran Pengunjung

Sleeping Beauty and the Beast Theatre

Posted by Ahsfantasy Ryu 0 Buah Fikiran Pengunjung
Buat julung-julung kali dipersembahkan teater berbahasa Inggeris di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan hasil produksi Predominant Camaraderie. Boleh tahan teruja; lama benar tak rasa teruja macam ni selepas pementasan teater Jula Juli Bintang Tujuh dahulu. Harap-harap ada masa terluang dalam kesibukan urusan Seminar Kajian Tindakan Peringkat IPG. Jom kita layan blurp sinopsis dalam membilang saat pementasan esok hari.

Pada zaman dahulu, tinggallah seorang puteri yang cantik jelita bernama Princess Rose. Semasa ulang tahun kelahirannya yang ke-17, beliau mengadakan sebuah majlis yang sangat meriah. Ramai rakan-rakannya hadir termasuklah Prince Charmless yang merupakan seorang putera kelam kabut dan sangat menjengkelkankan serta Snow White. Namun begitu, Wicked Faerie tidak dijemput dan ini merupakan satu skesilapan yang besar kerana Wicked Faerie amat terkenal dengan sikap panas baran dan sumpahannya yang kotor serta kejam. Disebabkan terlalu marah, dia membuat sumpahan sehingga menyebabkan Rose tertidur dalam jangka masa yang terlalu lama sehinggalah kekasih hatinya datang. Mujurlah terdapat pari-pari  yang berjaya mengubah sumpahan tersebut dan menghantar Prince Charmless untuk menyelamatkan Rose.

Sepanjang perjalanannya, Prince Charmless bertemu dengan dua orang rakan yang akan menolongnya menyelamatkan Rose iaitu Puss n' Boots dan juga Headless HorsemanPrince Charmless juga terserempak dengan seorang pemuda yang hodoh tetapi peramah iaitu Beast yang merupakan seorang putera kacak namun telah disumpah suatu ketika dahulu. Sebagai balasan kerana telah membantunya, Prince Charmless menghantar Beast kepada 'bakal' kerajaannya. Prince Charmless kemudiannya bertarung dengan Wicked Faerie. Apakah kesudahannya? Berjayakah Prince Charmless meneruskan perjalanannya untuk menyelamatkan cinta hatinya? Jangan lupa untuk menonton persembahan teater ini pada 20 September 2012. Pastinya anda akan meneroka pengembaraan yang hebat serta menghiburkan hati.

P/s: All the best darling !

WW #20| Statistik Anak Luar Nikah

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, September 12 11 Buah Fikiran Pengunjung

Santai Tenangkan Minda Demimu AR Yang Ku Timang Sayang

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, September 9 14 Buah Fikiran Pengunjung
Naik lori sayur cari tempat jauh daripada orang.

Dah sampai pondok istirehat. Tenang-tenangkan celaru. Ciptaan Allah, indah.

Hadap jambatan kecil. Nyaman.

Ini bukan pokok strawberi walau nampak ada strawberi.

Semasa main sorok-sorok kawan tergelincir. Strawberi berterabur.

Selipar bukan setakat comot, tapi putus.

P/s: Baik, sekarang kumpul kekuatan sempurnakan AR untuk viva sehari dua lagi. Doakan saya.



Blog Ceyana Hina Golongan Guru/Cikgu?

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, September 6 26 Buah Fikiran Pengunjung
Mungkin saya sedang hidup dalam komuniti bakal-bakal guru, guru-guru dan mantan-mantan guru, saya agak tersentuh dengan entry di blog Ceyana. Kebelakangan ni penuh wall di Facebook berkongsi rasa tidak senang. Tapi saya malas nak komen bagai. Ini bukan kali pertama hati saya terluka dengan kata-kata yang dilemparkan kepada kerjaya guru. Diam-diam dan tengok sahaja apa yang berlaku. Mungkin ada salah atau silap di mana-mana. Memang blogger akan dipertanggungjawab untuk apa yang ditulis jadi banyak masa kita perlu waspada. 

Mungkin Ceyana kurang informasi tentang hakikat kehidupan seorang guru sebenarnya. Kalau manusia macam komputer, memang senang nak asuh. Tekan kekunci 'A' di papan kekunci, keluar huruf 'A' di paparan. Tapi hakikatnya bila berurusan dengan manusia lebih-lebih lagi himpunan kanak-kanak yang baru nak kenal kehidupan, memang agak sukar. Kita suruh dia menulis, entah apa yang dia akan bagi respon, mungkin kacau kawan-kawan sebelah.  Tak perlu nak bayang sekolah, tengok adik-adik kita di rumah pun dah cukup, kita boleh fikir sendiri kan?

Mana-mana profesion pun mulia kalau kita berkhidmat dengan sebaiknya. Hidup yang saling melengkapi; dan biarlah sama-sama kita memahami tugas masing-masing. Cikgu susah nak sembuh bila sakit kalau doktor tak bantu, cikgu tak merasa naik bangunan tinggi kalu arkitek dan jurutera tak ada. Cikgu juga tak tadi cikgu kalau tak ada cikgu yang mengajar dia sebelumnya, kan? Hiduplah dalam aman dan harmoni tanpa syak. Rasanya tak perlu dipanjang-panjangkan lagi sebab Ceyana pun dah minta maaf atas keterlanjuran itu jadi sempena Syawal yang masih bersisa, sama-samalah kita memaafkannya.

P/s : Doakan saya jadi guru yang cemerlang berbakti untuk anak bangsa.

...Tulisan Rakan Blogger