Header Ads

  • Latest Posts

    Senarai Wira Negara yang Gugur di Lahad Datu

    lahad datu, askar, komando,sultan sulu, tentera, polis, mati,terkorban
    Memang benar, ini bukan masanya untuk menunding jari, mohon semuanya bersatu hati memelihara keamanan dan keharmonian negara. Usah pula melancarkan perang dingin sesama kita apa lagi tuduh-menuduh yang jelas tidak menguntungkan. Tunjukkan pada dunia bahawa negara kita sebuah negara yang kuat.

    Bila fikir bahawa pertempuran ini melibatkan kita sesama Islam, itu menyedihkan. Moga ada solusi terbaik buat kedua-dua belah pihak.

    Salam takziah buat keluarga wira-wira kita yang terkorban dalam usaha memelihara keselamatan dan keamanan negara. Jasa yang tidak akan mampu kita balas. 
    • 1 Mac 2013 - ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69. 
    • 1 Mac 2013 - Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69. 
    • 2 Mac 2013 - ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman. 
    • 2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna. 
    • 2 Mac 2013 - Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau. 
    • 2 Mac 2013 - L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau. 
    • 2 Mac 2013 - Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
    • 2 Mac 2013 - Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau. 
    • 12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.
    • 12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21, dari Batalion 3 RAMD Sandakan.

    P/s: Tak payah bising-bising tentang dalang. Kalau tenyata salah dan punya bukti kukuh, bawa ke muka pengadilan. Kita punya perlembagaan yang luhur dan undang-undang yang berdaulat.

    Tiada ulasan

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728