Header Ads

  • Latest Posts

    Program Penilaian Khas Zon Kelantan: April 2013

    Pada 8 April 2012 yang lalu, penulis telah menghadiri satu Program Penilaian Khas sesi kedua (1.30 - 5.00 Petang) yang diadakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bertempat di Hotel Riverview, Kota Bharu. Seramai 228 orang graduan IPG KPM dan IPTA seluruh Malaysia yang memilih Kota Bharu sebagai tempat pilihan temu duga hadir pada hari tersebut. Program yang berlangsung selama 3 jam 30 minit ini dimuatkan dengan beberapa slot iaitu:

    • Pendaftaran dan semakan dokumen mengikut senarai semak;
    • Dokumentasi azam - catat azam sebagai seorang guru dalam sehelai kertas;
    • Solat Zohor;
    • Ucapan alu-aluan Tuan Pengacara Majlis;
    • Bacaan Doa;
    • Taklimat oleh
    • Perbincangan dalam kumpulan;
    • Nyanyian lagu patriotik/kanak-kanak/rakyat;
    • Sesi soal jawab bersama
    • Penyampaian surat tawaran lantikan;
    • Isi borang penerimaan/penolakan tawaran lantikan;
    • Bersurai.

    Alhamdulillah, segalanya dipermudah, surat lantikan dah dapat. Sekarang cuma tunggu surat tawaran penempatan pula. Sesungguhnya sebaik-baik perancangan ialah rencana-Mu, Allah..

    1 ulasan:

    1. Salam. Saya bakal menduduki sesi temuduga spp. Boleh tau x syarat Diterima sbg calon penilaian khas ni. Dan bolehnkongsikan apa soalan yang di tanya atau Proses penilaian tersebut. Tq.

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728