Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Habis Asa Dia Menahan Rasa

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, November 20 8 Buah Fikiran Pengunjung
Tidak hanya dalam nyata dia terpaksa menahan rasa. Tidur dan mimpi juga dia diacu igau yang sama. Bukan tak pernah dia cuba memisah jiwa, sehabis tenaga dia cuba tinggalkan semua. Tapi entah berapa daya lagi yang perlu dijadikan duta, yang aku lihat dia masih melangkah haya. Lihat dia buat aku makin berkaca, dalam jiwa mohon terbaik sahaja. 

Moga Allah satukan jiwa dia, dengan pemilik yang selayaknya, yang mampu buat harinya dihias tawa.

Bagaimana bisa dia merawat jiwa?

Tukar .My Kepada .Blogspot Semula

Posted by Ahsfantasy Ryu 7 Buah Fikiran Pengunjung
Pengurusan AsiaHost yang banyak membangkitkan rasa tidak selesa kepada ramai blogger yang menggunakan ruang promosi setahun langganan percuma setahun yang lalu memang semakin meruncing. Saya sendiri mengalami masalah dengan domain blog kedua saya iaitu Http://www.cikguayu.my yang selalu tidak dapat dipaparkan.

Oops! Google Chrome could not find www.cikguayu.my
Try reloading: www.­cikguayu.­my

Dalam kekalutan ni, ramai juga yang mula muak dengan AsiaHost dan memilih untuk berhenti daripada menggunakan custom domain. Kepada blogger yang ingin tukar domain .my kepada domanin .blogspot semula, saya tunjukkan cara untuk menukarkan domain anda, ringkas.


Pergi ke Dashboard > Setting > Publishing. Pangkah sahaja pada custom domain yang telah anda masukkan setahun yang lalu itu kemudian save

Tah tahu nak bantu macam mana dah. Kalau rasa nak pindah domain atau DNS kepada syarikat lain itu membebankan, guna sahaja domain blogspot. Kegembiraan blogging itu yang utama, bukan kegahan domain.

Kau Akan Cepat Terpengaruh Dengan Orang Terdekat

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, November 18 2 Buah Fikiran Pengunjung
Sekarang macam ada sesuatu yang aneh.. Saya mula tertarik dan suka akan warna merah. Dulu- dulu memang saya suka sangat warna hijau epal dan ungu walaupun banyak barangan yang saya beli lebih kepada warna merah jambu. Mungkin benar apa kata orang, kita akan mudah terpengaruh dengan seseorang yang akrab dan seseorang yang kita kasihi.

Mungkin sebab orang yang akrab dengan saya tu suka warna merah, jadi saya pun turut sama sukakan warna tersebut. Dia tidak pernah memaksa saya untuk turut suka  dan tidak pernah belikan apa-apa barang berwarna merah untuk saya. Tapi saya dah mula suka merah !
Ya Allah, kurniakan kami pendamping hati yang baik-baik.

P/s: Ini cuma coret santai saat rehat di malam hari. :)
Kredit Gambar: GreenEyesOfRain

Itupun Kalau Memang Dia Yang Dah Takluk Hati Kau

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, November 7 2 Buah Fikiran Pengunjung
Kadang-kadang dia diam. Bukan sebab dia tak mahu ambil tahu. Cuma dia nak bagi kau waktu sebab dia tahu itu yang paling kau perlu. Bantu? Memang teringin dia nak bantu tapi setiap kali nak mengorak langkah, dia buntu. Sokongan. Kalau itu yang kau nak, setiap masa kau ada sokongan dia walau 24 jam langsung dia tak bagitahu, sentiasa dan selalu. 

Setiap gerak geri yang kau perlaku, endah dah macam tak laku; bukan dia tak mahu ambil tahu. Dia cuma menanti kau ujarkan dahulu. Kerna dia tahu sesuatu yang terpenting dalam hidup kau, pasti kau kan kongsikan bersama orang yang terpenting dalam hidup kau. Itupun kalau memang dia yang dah takluk hati kau.

P/s: Selamat kembali.

...Tulisan Rakan Blogger