Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Awak Marah Saya?

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Julai 30 18 Buah Fikiran Pengunjung

Marah? Saya minta maaf. Saya bukan nak sakitkan hati awak, tapi kadang-kadang saya juga nak lari daripada melukakan hati saya sendiri. Bukan saya penat dengan semua tu, tapi saya takut saya jemu. Saya tak ganggu awak pun kan? saya hanya buat sesuatu untuk buat hati saya tenang. Saya tak suruh awak buat apa, sebab saya yang akan buat. 



Betul ni, saya bukan nak skitkan hati awak, tak mengapa, saya faham. Saya faham terkadang kita hanya fikir sakit kita sedang kita lupa tentang yang lain. lama saya fikir, macam mana nak buat, kemudian saya buat. dah lama, tapi sekarang baru awak perasan kan? dan awak pun tahu apa maknanya bila sekarang baru awak perasan kan? Tak apa, saya faham, terkadang kita terlupa dan mungkin jua terleka tentang yang lain bila kita hanya fikir nak sangat orang ingat semua tentang kita kan?

kalau awak rasa megah dengan apa yang awak miliki, saya nak awak tahu satu perkara sahaja; saya tak pernah nak ambik peduli pun tentang apa yang awak ada, tentang apa yang awak buat seolah-olah menunjuk-nunjuk untuk perkhabaran satu dunia. bukan saya tak mampu peroleh, tapi saya tak mahu, sebab saya tahu siapa saya dan saya tahu saya nak jadi  apa. Hanya itu.

“Seorang teman yang jika engkau temui akan mengingatkanmu akan kewajibanmu terhadap Allah itu lebih baik bagimu dari seorang teman yang selalu memberimu segenggam dinar.” Hassan Basri

why & WHY!!!!

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Julai 25 21 Buah Fikiran Pengunjung

~kErNa Ku SaYanG kAMu~

Posted by Ahsfantasy Ryu 2 Buah Fikiran Pengunjung
Ingin sekali aku berlari. Bukan menjauh, tapi ingin sekali ku bawa kamu berlari, menjauh untuk semua yang ku rasa semakin menghakis wibawamu. Bukan ku cemburu dengan dunia yang kamu cipta, yang kamu rasa ia kebahagiaan sedang ia penuh noda! ingin lagi ku menyanyi, membuka tarian kata, menyatakan aku sayang kamu, kerna kamu sahabatku.

Ingin jua ku memelukmu, berseliputkan pesan, tinggalkanlah silam itu! Mungkin ada yang tertinggal tapi ada kalanya kamu harus meninggalkan untuk menemui kata tertinggal. Biarkan masa lalu itu terhenti di situ, usah kamu calarkan hari ini dengan kenangan di pentas semalam. Usah diungkap kata tidak mampu kerna ku yakin kamu sebenarnya mampu! aku jua insan yang tak sempurna yang terkadang tertimbun dek dosa, tapi ingin sekali kumelihat kamu seiringku, kerna ku tahu, destinasi kita sama, di SANA.

Lembaranku ini bukan untuk sesiapa tapi hanya untuk kamu, ~kErNa Ku SaYanG kAMu~

PBS | SK Seri Ketereh

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Julai 23 4 Buah Fikiran Pengunjung

Inilah saat yang saya seringkali tertunggu-tunggu setiap kali melangkah ke semester baru! PBS. PBS merupakan akronim bagi Pengalaman Berasaskan Sekolah. kelolaan Encik Ahmad Salim Hambiah, yang akan berlangsung pada 16 hingga 21 Ogos 2009.

Utamanya saya paling suka PBS sebab dalam perjalanan pelaksanaannya, ana boleh menetap di rumah bersama keluarga, hehe.. semestinya pengalaman di sekolah itu yang disasarkan di samping menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Semester pertama membawa saya melangkah ke Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (3), yang dikategorikan dalam kelompok sekolah bandar. kali ini saya terpanggil pula untuk menjalani PBS di SK Seri Ketereh, menimba pengalaman bergelar warga pendidik di kawasan pinggir bandar pula! masa perjalanan ke sana dari rumah saya sekarang kira-kira 40 minit! Ketereh merupakan pekan tempat tinggal saya sebelum berpindah ke Kubang Kerian. Untuk masa akan datang, mungkin saya akan cuba merasai suasana sekolah di kawasan luar bandar atau pedalaman pula, mungkin!

Apa yang amat menggembirakan saya, jurulatih (jurulatih bola jaring pada tahun 2000 dan 2001) yang paling saya sayang, Puan Mastura Mohamed sedang berkhidmat di sana. hampir 5 tahun saya tidak bersua muka dengan beliau, pastinya menggamit kerinduan! tak sabar rasanya untuk menunggu!

Baru Ku Mengerti Apa Itu Benci Dan Peduli

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Julai 22 2 Buah Fikiran Pengunjung
Baru aku mengerti apa itu yang dinamakan 'B.E.N.C.I'
dan baru aku tahu apa itu yang dikatakan 'P.E.D.U.L.I'

Waktu dan ketika ini mengharuskan aku melakukan sesuatu, agar bisa ku lepaskan semua. Namun inilah aku, terlalu pengecut untuk meludah! bimbang jika ada suatu ketika, ku jilat ia kembali, JIJIK! inilah aku, yang sama sekali punya beda daripada kamu.

ku tak termaklumi kata hatimu, namun inilah aku! terlalu inginkan kemaafan dan kesyukuran! mendambakan di jiwaku adanya kata maaf dan syukur kerna aku tersangatlah yakin andai hanya itu yang mampu membuatkan nuraniku tersenyum riang.

Nasihat daripada Dr. Rozieta Shaari:"Jika mahukan hidup menjadi bermakna, lihatlah kembali ke dalam hati adakah tersimpan dendam kesumat terhadapnya? Lepaskan ia, tidak perlu kemelut dendam ini menjelma di dalam hidup anda."

Tahniah Manek Urai!

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Julai 15 1 Buah Fikiran Pengunjung
Tahniah buat insan-insan yang celik di Manek Urai. kalian tahu akan gula-gula politik! kalian masih ingat kemenangan pada 2004 yang tidak memberikan apa-apa. Kalian tidak lupa akan janji dan omongan kosong lalu. kalian tidak tergoda dengan kata 'anak emas kerajaan' yang diumpankan. Kalian tidah goyah dengan janji 'jambatan dengan nilaian RM 7 juta hingga RM 10 juta. Kalian juga termaklumi akan trend 'janji politik'. Kalianlah yang akan berbahagia +MAJ 65U+!

P/s: Kita cuba yang baru, salah?

SMKAM di Hati

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Julai 11 2 Buah Fikiran Pengunjung

Suasana sepi menggilap hari, namun jangan biarkan sepi itu menghilangkan senyuman, sesungguhnya kamu tidak akan pernah keseorangan!

Tiba-tiba saya rasa nak meluahkan rasa hampa. saat hujung tahun lepas saya bersama beberapa orang teman daripada SMKAM menggerakkan persatuan PERTIMA (Persatuan Tingkatan Lima) 2006 yang dah agak lama menyepi dengan menganjurkan program (Program Sejenak bersama Mahasiswa) untuk adik-adik junior di sekolah kami. program ini sepatutnya berlansung pada bulan Mei namun terpaksa ditangguhkan pada pertengahan Jun lalu. saya mengetuai muslimat manakala untuk muslimin dikepalai oleh Akh Amir Sufi (USIM).

Terima kasih buat pihak pentadbir sekolah kerana memberi ruang kepada kami dan ucapan penghargaan yang tak terhingga untuk mama dan papa kaunselor (Pn. Aliza dan En. Ghazali) kerana banyak membantu. Syukran buat Hanif (UIA) kerana banyak menjadi perantara jawatankuasa dengan pihak sekolah. buat Hafiz (UTP) pula, terima kasih kerana banyak membantu dalam penyusunan mesyuarat. Buat Izyan (UKM), Fizah (UPSI), Adibah (UKM) dan Hidayah (UITM), uhibbuk!

Setelah bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja, urusan surat-menyurat, modul untuk fasilitator yang banyak dibantu oleh senior saya (Suriani MG), dan mengadakan beberapa sesi mesyuarat, saya pula tidak dapat menghadirkan diri pada hari yang ditetapkan. Institut saya adakan kuliah ganti untuk cuti perayaan. sangat terkilan! saya terlalu rindukan adik-adik SMKAM! saya kecewa terlepas peluang untuk kembali bersama mereka meski sejenak! banyak-banyak fikir kekecewaan ini mungkin akan membuatkan saya sakit mental! di sinilah kita patut ingat janji DIA, pasti ada ganjaran yang lain. jadi senyumlah wahai hati.

Tidak lupa juga buat semua teman-teman yang menyertai dan menjayakan program ini, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih, hanya Allah mampu membalas jasa murni kalian. sesungguhnya tanpa kalian, program tersebut hanyalah angan-angan. maafkan segala keterlanjuran kata dan laku saya sepanjang proses pelaksanaan program.

...Tulisan Rakan Blogger