Saya Manusia Yang Sering Lalai, Selalu Lupa
Saya punya satu perasaan yang gelisah. Resah. Rasa yang tidak selesa. Terkadang sukar mengulit lena, ada ketika selalu awal lena dibangkit. Apakah ini petanda cinta pada Dia itu kurang upaya. Saya rasa sangat keji bila berada dalam kesusahan baru teruja mengintai Dia, memohon dikuatkan. Saya malu bila dalam senyum dan tawa, segala tentang Dia saya lupa sedang dia pemberi segala.
Hinanya saat luka berdarah baru kucari arah bergantung sembah.
Terkadang saya sombong dan angkuh sesama manusia, beradu asa siapa yang lebih bertenaga. Tapi Tuhan maha kuasa, itu yang ada ketikanya saya lupa. Terhimpit alpa. Terkadang saya lupa siapa saya. Dunia semakin memamah jiwa, hingga ada tikanya saya terlalu leka. Tuhan, maafkan hambaMu ini yang sering lalai dan lupa. Tuhan, aku mohon peluklah aku dalam kasihMu, sesungguhnya Engkau maha pengasih dan maha penyayang.
P/s: Engkau ada Tuhan untuk bergantung harap. Doakan saya supaya menjadi hamba yang setia.
thisisbestbero
BalasPadamyup.. kadang2 sedih bila mengenangkan perkara nie.
BalasPadamkita sedar. tapi kita lena dalam sedar.
muhasabah buat semua. jzkk kak. :)
@Hansyirah Takezur
BalasPadamalaik aidh jzkk ya ukhti..
uhibbuk fillah. ^^
Allah tetap menerima kita walaupun kadang-kadang kite terlupa tentangNya..Allah Maha Pengasih :)
BalasPadam@Mira Amirudin
BalasPadamDia sentiasa membuka ruang utk kita,
tapi kita sentiasa sia-siakannya ;(
manusia memang pelupa.. kerana apa.. kerana kita adalah manusia..
BalasPadam@Cik Pulau
BalasPadamsedih bila sedar akan itu >_<
moga kita sllu diberi peringatan tentang apa yg kita alpa.....
BalasPadamsaya suka dan telah pun mengeLIKE.haha.. dan juga telah memasukkan awak dalam bloglist sy :)
BalasPadamsama2 kita berusaha memperbaiki setiap kelemahan. sememangnya manusia itu tiada yang sempurna
BalasPadam@Boni JLL3
BalasPadamterima kasih atas sokongan anda, nanti
saya juga akan memasukkan anda ke daalam
bloglist saya :)
@S..U..D..@..I..S
mudah-mudahan..
@feza
BalasPadamya, saya juga tidak sempurna..
Tp kite ade manusia lain utk igtkn
BalasPadamkadang2..
BalasPadamsemua benda susah nak ingat...
adkala nya..
mesti terlupa..
eheheeh
@mie
BalasPadamhuhu, fitrah yang sering diperkatakan ~
@Iffah Afeefah
ya, saya perlukan mereka..
lumrah manusia .. tapi Allah tetap bersama-sama kita.
BalasPadamoleh itu kita saling ingat memperingati...doakan saya tidak lalai..jadi yang setia jugak...=]
BalasPadam@ciK LyndaWawa
BalasPadambaik... :)
@Adylia Qarissa
innallahama'na..
sya pun x nak lalai.
BalasPadamsering terlupa, tpi cba utk mengingati
@Kira Kekuri
BalasPadamthats good (: