Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

31 Ogos 2012 - Tahun Ke-55 Kemerdekaan !

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Ogos 31 12 Buah Fikiran Pengunjung
Jangan tak sedar bahawasanya hari ini merupakan hari ulang tahun ke-55 kemerdekaan Tanah Melayu kita. Lupakan seketika mulut sumbing yang mengatakan bahawa Tanah Melayu tak pernah di jajah sedang minda kita telah banyak serong terjajah. Mohon kepada Tuhan semoga tanah tumpah darah ini akan maju, harmoni, selamat, aman, dan tenteram dalam lindungan rahmatNya. Ayuh bebaskan jiwa-jiwa yang terjajah, jom kembali kepada Tuhan, sesungguhnya aturan Dialah yang terbaik antara sekalian akal manusia yang angkuh, riak dan sombong.


“Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah.” (Riwayat ini sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi, lihat: Al-Mustadrak, 1/237, Beirut: Dar al-Ma’rifah).


P/s: Allahuakbar, Allah maha besar !

WW #19 | I'm Not Perfect

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Ogos 29 21 Buah Fikiran Pengunjung

Blog Warkah Buat Isteri | Abil Fikri Ahmad

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Ogos 22 19 Buah Fikiran Pengunjung
Sekejap tadi bosan layan drama dalam perasaan bermalas-malasan keluar rumah akibat kesesakan lalu lintas yang selalu mematikan perasaan ingin berjalan-jalan, layanlah Harian Metro. Biasa kalau di kampus baca online sahaja, tapi bila di rumah abah dah beli, lagi aman membacanya di atas kertas.

Dalam mengikuti kisah-kisah yang dimuatkan, saya rasa terkesan dengan satu kisah. kisah si suami yang setia di sisi isteri yang sedang terlantar sakit akibat kerosakan saraf otak kesan daripada penyakit asma yang dihadapinya. Tabahnya hati seorang suami menjaga isteri yang diserang sakit sejak Jun 2011. Atas dasar kasih kepada si isteri, sebuah blog telah dibina untuk berkongsi kisah bersama (http://abil4fauziah.blogspot.com/) yang setakat ini mempunyai 563 pengikut.

Mohon dipanjangkan doa agar saudari Fauziah Muhamad (Kak Gee) segera sembuh dan saudara Abil  Fikri Ahmad sentiasa setia dan tabah menghadapi ujian daripadaNya. Salam Aidilfitri buat semua yang berkunjung ke sini. Maaf zahir dan batin.

Saluran bantuan:
Hubungi 016-2634258
Abil  Fikri Ahmad)

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Ogos 17 11 Buah Fikiran Pengunjung
Saat ini masih di IPG, kampus tak layan cuti berganti. Nasiblah. Maka budak-budak junior yang sedang praktikum atau PBS sila bersyukur sebab kalian dapat lebih cuti. Sementara menunggu cik awek jumpa penyelia kajian tindakannya tu, saya ambil peluang untuk buat perutusan Aidilfitri buat teman-teman yang datang menyinggah. Bila dah balik kampung nanti takut dah sibuk buat biskut raya tak sempat dah nak kemaskini blog, baik  saya conteng sekarang.


“Dalam bermesra mungkin ada terkasar bahasa, dalam bergurau mungkin ada terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada banyak yang menyingung rasa. Jika ada ruang kemaafan, itu jualah yang dipinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, saya merendah diri memohon maaf untuk sekalian khilaf yang ada.”


P/s: Semoga ketemu lagi Ramadan akan datang. Marhaban ya Syawal.
*** Doakan perjalanan saya pulang ke desa tercinta dengan mudah dan selamat.

Kamu, Semoga Lekas Sembuh...

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Ogos 16 6 Buah Fikiran Pengunjung
"Dengan nama Allah yang mengubati, daripada segala perkara yang menyakitimu, semoga Allah akan menyembuhkan setiap kesakitan yang tergalas dan dengan namaNya engkau disembuhkan..."

SEMOGA LEKAS SEMBUH.

P/s: Selamat pulang ke kampung untuk berhari raya wahai sekalian makhluk bumi.

Acai Berry ABC Murah | Melangsingkan Anda Dengan Mudah?

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Ogos 15 14 Buah Fikiran Pengunjung
Tentang produk Acai Berry ni saya malas nak ulas panjang sebab kalian boleh tanya pakcik google sahaja jadi jimat tenaga saya nak taip. Kelebihan dan khasiat Acai Berry ABC, spesifikasi Acai Berry ABC, cara nak kesan Acai Berry ABC tu palsu ataupun tidakAcai Berry ABC ni halal atau tidakAcai Berry ABC ada racun ataupun tidak, testimoni pengguna  Acai Berry ABC sehinggalah FAQ Acai Berry ABC, semuanya berlambak di google. Tak percaya? Sila google.

Acai Berry ABC dengan harga yang murah? Boleh tanya kawan saya - 0132950332. Dia sekarang tengah buat promosi harga runtuh sempena Syawal. Kalau google tentang harga, mahal-mahal. Tambah-tambah lagi bila kita nak beli sebotol dua sahaja, lagilah harga mahal, kan? Nak kena beli borong baru dapat murah, nak buat apa banyak sangat. Takut tak termampu nak habiskan kesemua. Tak perlu nak sembang banyak, ada apa-apa hal/urusan, hubungi dia (0132950332).

WW #18 | Hari Internet Blackout 14/8/12 - Bantah 114a?

Posted by Ahsfantasy Ryu 3 Buah Fikiran Pengunjung

Cinta Mungkin Punah Tapi Aku Harap Hidup Kau Belum Musnah

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Ogos 13 14 Buah Fikiran Pengunjung
Sayang, aku harap dan doakan kau faham; orang yang sayang kau sanggup musnahkan apa sahaja termasuk diri dia sendiri demi engkau, tapi dia tidak akan sesekali musnahkan hidup kau dengan setiap apa yang dia lakukan walau dengan apa jua cara sekalipun. 

Orang yang sayang kau tidak akan pernah pentingkan diri dan biar kau jalani sukar sendiri. Kepentingan diri pada dia dah tak ada makna. Kiranya memang benar dia sayangkan kau, dia tidak akan sayang kau dengan cara yang salah apatah lagi heret engkau yang dia sayang ke jalan yang salah.

P/s: Buta mata lebih mulia daripada buta hati.

Jangan Diulang kecewa, Kelak Kau Terusan Merana

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Ogos 11 17 Buah Fikiran Pengunjung
Jangan diulang kecewa kelak engkau berterusan merana. Dalam dia gembira, dia alpa yang dia mungkin hanya genggam kaca. Biarkan sahaja dia dengan dunia dia. Sayang dahulu cuma belakang cerita. Sambung  ke hadapan itu jalan yang nyata. Jangan menuntut pada yang tiada sedang Tuhan maha kaya. Tinggal sahaja yang berlagak gaya, kelak dia akan tahu tanpamu dia bagaimana. Lupa. Itu sahaja jalan yang ada.

P/s: 9 malam terakhir Ramadan. 
Lupakan semua yang lalai alpa, jom dekatkan dengan yang Esa !

Alahai Comelnya Anak Murid

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Ogos 9 13 Buah Fikiran Pengunjung

WW #17 | Baskin Robbins Percuma 8/8/12

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Ogos 8 5 Buah Fikiran Pengunjung

Puasa Dan Kita Sedang Berjurus Puasa !

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Ogos 4 13 Buah Fikiran Pengunjung
Rasa lapang bila boleh berpuasa di laman sendiri, jam 4.30 petang semalam sudahpun sampai di teratak bonda hasil kesungguhan pulang berpuasa di kampung. Puasa tidak hanya menahan lapar dan dahaga, puasa ni lebih daripada itu, lebih. Puasa itu tarbiah. Mendidik kita menghayati nilai dan menilai diri sendiri. 

Kita dan mereka sama-sama puasa namun pendapatan puasa kita dan dia barangkali berbeza. Pahala puasa bisa bertambah dan berkurang bergantung kepada amalan kita dalam menjaganya. Bertambah bila kita berusaha menyuburkannya dengan perkara mahmudah. Berkurang tatkala kita telah melakukan perkara yang boleh menyebabkan pahala puasa kita berkurang.

Punca terbesar pahala puasa kita berkurangan ialah lidah. Jika tidak memaki hamun, berbohong dan menuduh serta mencerca orangpun sudah cukup untuk mengikis pahala puasa kita. Apatah lagi memfitnah. Mohon dijauhkan Ya Allah. Bukan saya bercakap tentang orang lain, tapi diri sendiri yang sangat selalu lalai. Sama-sama kita menjaga nikmat (lidah) untuk mendapatkan ganjaran yang indah. Jom puasa dengan berjurus !

P/s: Orang muflis di akhirat nanti ialah orang yang yang berpuasa, solat dan membayar zakat namun ia pernah  memaki orang, menuduh orang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah dan memukul seseorang. 

Happy Birthday Syuhada Nabilla

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Ogos 2 11 Buah Fikiran Pengunjung
Hari ni hari jadi si kecil yang selalu jadi teman saya sewaktu saya di bangku sekolah. Selamat hari jadi, comel. Semoga cepat ketemu jodoh, dipanjangkan umur dalam keredhaan Dia, dan dimurahkan rezeki untuk terus berbakti.  - 2 Ogos 2012.

Cara Tambah Nilai / Topup Broadband SKMM Celcom

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Ogos 1 16 Buah Fikiran Pengunjung
Memang bermasalah. Kalau nak topup tu mesti pening-pening lupa cara. Tengok sent items baru nak reti topup, macam budak tadika. Tak perlu nak meleret panjang puasa-puasa ni. Jom tengok cara nak topup Celcom Broadband SKMM 1 Malaysia.

TOPUP MELALUI PANGGILAN / CALL
Taip *122*masukkan nombor 16 digit# kemudian tekan call.

TOPUP MELALUI PESANAN / SMS
Taip REC nombor 16 digit kemudian tekan send ke 2888.

Kalau pergi ke 7Eleven, memang tak ada jual resit topup RM25 sekeping. Tak perlu risau bila kita topup banyak atau lebih daripada RM25 sebab baki selebihnya tu akan dibawa ke hadapan. 

P/s: Selamat berbuka !

...Tulisan Rakan Blogger