Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Cukup-Cukuplah Buat Jiwa Dia Tenat

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Disember 30 18 Buah Fikiran Pengunjung
Pengkhianat, kau dah pernah hancurkan jiwa dia sampai lumat. Dahulu, kau tetap dia tuju meski dia disaji simpang seribu. Tapi setelah cinta melekat, segala usaha dia kau pijak-pijak macam langsung untuknya tak ada tempat. 

Selalu sahaja dia menjerit, mungkin hidup dia terlalu perit, langkah kaki seolah berat,  melangkah setapak pun dia tak larat, memang dia kelihatan merempat. 

Purnama keempat aku lihat dia semakin kuat, segala serpihan rasa disusun cermat dan sekarang kau lagi berani mengatur amanat. Buaya kau dah cukup lajat tapi dia masih sangka cinta kau cukup hangat. Mohon dengar dengan hemat, "cukup-cukuplah tabur harapan berkarat, cukup-cukuplah buat jiwa dia tenat."

P/s: I hate seeing people go back to the same person who hurt them a million times.

25 Random Facts About Me | 25 Fakta Rawak Tentang Saya

Posted by Ahsfantasy Ryu 43 Buah Fikiran Pengunjung
Oleh sebab dah kena tembak dek Pencinta Hlovate  maka akan tersemburlah 25 fakta yang nyaris-nyaris diautakan ini. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang segmen ni, silalah ketuk pintu rumah  Pencinta Hlovate di sini; Oh, sila klik. Selalu malas nak sertai segmen tapi sehari dua ni rajinlah pula. Demimu Pencinta Hlovate. *Senyum-senyum.
  1. Terlalu cinta akan Mak dan Abah.
  2. Bakal mengajar anak-anak kecil tentang bahasa.
  3. Pengembara yang datang daripada kehidupan kampung.
  4. Pantang benar kalau orang kacau semasa tengah lena tidur.
  5. Suka sangat coklat sampai gigi dah rongak dan suka bunga segar.
  6. Banyak benda yang tak makan dan kecerewetan ini sangat menyusahkan.
  7. kadang baik, kadang jahat. Kalau ada yang tak patut, mohon tegur dan tunjuk ajar.
  8. Suka lepak dengan Adobe Photoshop tapi nak lukis doodle seekor pun sampai hari ni tak jadi-jadi.
  9. Sukakan alam semula jadi, suka hiking, camping, trekking.
  10. Memang takut nak bercinta sebab serik terluka dan rasa dikhianat.
  11. Nampak macam tak endah tapi sebenarnya peduli, kadang-kadang sebaliknya.
  12. Masa zaman kanak-kanak suka tangkap ikan dalam parit dan sawah.
  13. Gemarkan wangian dan saya lebih ingat orang melalui wangian.
  14. Malas mengemas tapi tak suka bersepah. Jadi jangan menyepahkan.
  15. Lebih selesa pergi mana-mana dengan berbaju kurung sahaja.
  16. Malas nak ambil tahu tentang sesuatu yang memberi impak di sisi kiri.
  17. Soal belajar memang malas, tapi ada hati untuk terus melanjutkan pelajaran.
  18. Soal masak pula memang perangai macam minta pelempang sebab goreng telur pun terkial-kial.
  19. Komitmen di waktu malam memang jadi masalah, pukul 9 pun dah boleh siap lena.
  20. Walaupun saya dilahirkan pada 25/05, tapi saya lebih sukakan angka 24.
  21. Waktu kecil dahulu, suka sangat tatap langit di waktu malam, berangan nak petik bintang.
  22. Susah nak sayang orang, kalau dah sayang tu terlampau sayang. Susah nak benci orang, kalau dah benci tu melebih-lebih pula bencinya.
  23. Jadi saya lebih suka untuk santai, sederhana dan buat lagak bersahaja.
  24. Orang kata saya keras hati, tapi saya cuma tak nak panjang-panjangkan masalah yang ada.
  25. Tulis ayat macam nak skema tapi cuma nak jaga perasaan cikgu dan pensyarah, kalau dia nampak bahasa lintang pukang kat sini, kecawa pula dia. Maknanya tak terdidiklah seorang guru bahasa.
Baby, dah siap pun 25. Kita nak tulis 100 tapi pasti tak sempat dan tak ada orang nak baca. Nak keluar dating dengan awek kejap. Jadi saya nak jemput mana-mana 25 orang follower atau lebih untuk menyertai segmen ini. Mana yang dah buat tu tinggal link kat bawah ni nanti saya kemaskini link kamu dalam entry ni. Okay? *Kenyit mata sikit.

Kemaskini:
Roses dan Leeza pun ada buat juga! :)

Logo Pusat Kecemerlangan Pedagodi Peribumi Kebangsaan

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Disember 29 10 Buah Fikiran Pengunjung
murid, rumah, orang, asli, murid orang asli, rumah orang asli
Buat makluman semua, Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi sekarang terletak di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Sebagai mana yang kita sedia maklum, negeri Pahang merupakan negeri yang mempunyai penduduk dari kalangan Orang Asli yang paling ramai. Jadi memang wajar rasanya pusat ini ditempatkan di Pahang. pendokumentasian bahasa dan karya budaya Orang Asli banyak tersimpan di kampus ini serta boleh dijadikan tempat rujukan.

logo, logo pusat peribumi, pusat peribumi, pusat pedagogi peribumi, pedagogi, murid, rumah, orang, asli, murid orang asli, rumah orang asli
"Pedagogi" merujuk kepada kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran manakala "peribumi" pula merujuk kepada masyarakat Orang Asli. Masyarakat ini sering ketinggalan dalam dunia pendidikan dan kewujudan pusat ini pastinya akan membuka lembaran baharu buat mereka semua.

Antara tujuan penubuhan pusat ini ialah:
  • Peranan IPGM Kampus Ampuan Afzan sebagai Pusat Pendidikan dalam jajaran Titiwangsa.
  • Menangani pendidikan murid-murid dan masyarakat orang Asli.
  • Penghargaan atas kesedaran rumpun masyarakat yang mempunyai hak yang sama dalam negara.
  • Pendokumentasian bahasa dan budaya masyarakat melalui Muzium Budaya.
  • Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan sekolah orang Asli
  • Menjadikan IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan sebagai pusat kajian serantau yang menjurus kepada pendidikan murid orang Asli.
  • Sebagai hub-pendidikan yang melibatkan jaringan seranta di dalam atau di luar negara

20 Hari Bulan Yang Selalu Aku Lupa

Posted by Ahsfantasy Ryu 16 Buah Fikiran Pengunjung
20 hari bulan yang selalu aku lupa; hari lahir dia, hari dia mula-mula singgah di dunia. Hari yang saban tahun dia akan selalu mula bicara dengan lagak yang biasa, kalau-kalau dia berhasil sedarkan aku bahawa hari itu hari istimewa. Dia cuba. Saat aku sedar, yang pertama aku rasa, cuma kecewa. Kecewa dengan diri yang selalu lupa. Jangan bimbang untuk ulang tahun yang ke seterusnya kerna aku sudah mula paku angka itu di kepala. 20.

P/s: Mohon dijauhkan sup semut. Itu penyumbang lupa.
Kredit Gambar: whatshername13

Permohonan Rebat Telefon Pintar 2013 | RM200

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Disember 28 18 Buah Fikiran Pengunjung
Dalam pembentangan Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri kita pada 28 September lalu, Rebat Telefon Pintar 3G di bawah Pakej Komunikasi Belia akan diberikan kepada golongan belia berumur antara 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 3000. Maknanya tuan blog ni pun layak. Bagi mereka yang layak, bolehlah buat permohonan bermula 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 dengan mengisi borang pra-pendaftaran di https://komunikasibelia.skmm.gov.my/ atau Pusat Internet 1Malaysia dan wakil yang terlibat.

Antara butiran tentang Pakej Komunikasi Belia:
  • Hanya boleh digunakan untuk membeli model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500 di premis yang terpilih.
  • Perlu menjadi pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.
  • Peruntukan kerajaan ialah RM 300 Juta (untuk 1.5 juta orang belia). Siapa cepat, dia dapat.
  • Nak daftar? Klik sini: http://nbi.skmm.gov.my/
P/s: Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my

Statistik Permohonan Tukar Guru | Sekolah Rendah 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Disember 27 9 Buah Fikiran Pengunjung
Permohonan bertukar masuk ke Kelantan mencatatkan angka yang paling tinggi dengan 2898 permohonan. Permohonan tukar yang tertinggi untuk permohonan keluar ialah Sarawak iaitu 2256 permohonan dan bagi Semenanjung Malaysia pula, Johor mencatatkan angka permohonan keluar yang paling tinggi dengan angka 2169 permohonan.

Memang tak tahu tercampak ke manalah bila Kelantan merupakan pilihan pertama permohonan penempatan saya. Walau di manapun kita ditempatkan, itu pastinya terbaik buat kita. Jatuh ke laut jadi pulau, jatuh ke darat jadi gunung. Soalnya, keputusan penempatan itu kita dapat tahu bila? Tunggu.

BIL
NEGERI
MOHON MASUK
MOHON KELUAR
1
Johor
531
2169
2
Kedah
1598
289
3
Kelantan
2898
130
4
Melaka
384
286
5
Negeri Sembilan
500
502
6
Pahang
749
1097
7
Pulau Pinang
727
457
8
Perak
1085
1311
9
Perlis
282
64
10
Selangor
1526
1865
11
Terengganu
1348
195
12
Sabah
422
1179
13
Sarawak
169
2256
14
W. P. Kuala Lumpur
421
992
15
W. P. Labuan
44
66
16
W. P. Putrajaya
171
26
Sumber: e-GTukar

P/s: Pesediaan mental dan fizikal untuk bertugas dan menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana. Ayuh!

Laman Pertukaran Guru | Suka Sama Suka

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Disember 26 25 Buah Fikiran Pengunjung
Pertukaran, Guru, Suka, Sama, Online, 2013
Laman Pertukaran Guru merupakan laman sesawang yang dibina khas untuk guru-guru di Malaysia yang ingin bertukar tempat sekolah mengajar semasa. Pertukaran akan dipadankan dengan mudah antara satu sama lain (sesama guru yang berdaftar dengan laman tersebut) mengikutk ehendak yang dinyatakan. 

Apabila kita telah jumpa rakan bertukar yang sepadan, segeralah berhubung antara satu sama lain dan sama-sama ke Bahagian Pertukaran Guru Kementerian pelajaran Malaysia dan pastikan anda dan pasangan yang ingin bertukar telah mendaftar di e-GTukar. Laman PertukaranGuru.com hanya memadankan guru-guru yang ingin bertukar suka sama suka, selebihnya kita perlu uruskan sendiri.

Secara ringkasnya, PertukaranGuru.com merupakan laman yang mengumpulkan senarai guru-guru berdaftar dengan laman tersebut yang ingin bertukar tempat mengajar semasa mereka. Secara konvensional, agak sukar untuk mencari pasangan guru yang mempunyai kehendak tempat yang sepadan, namun laman PertukaranGuru.com memudahkan pencarian tersebut.

P/s: Tapi rasanya sekarang tukar suka sama suka pun orang tak layan. Saat kita memudahkan urusan orang, ingatlah, Allah akan memudahkan urusan kita.

Chim Chum di Rostoren D' Mina | Kelantan

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Disember 25 34 Buah Fikiran Pengunjung
Nak cari Chim Chum di Kelantan punya hal, ligatlah berpusing-pusing di Pengkalan Chepa. Sambil-sambil memeriahkan program Hari Mesra Pelanggan SPP tu, singgah di Restoren D' Mina Seri Pekeliling. Kalau nak cari Seoul Garden, memang tak jumpalah di Kelantan setakat ni.

Masa tengah taip ni, nak gelak pun ada, sebab excited sangat nak makan, memang lupa nak ambik gambar. Masa kenyang dah nak balik tu baru teringat kamera. Jadi tak dapatlah nak sajikan gambar-gambar makanannya. Chim Chum? Sama macam steamboat cuma bezanya chim chum ni ada grill di tengah-tengah sup tu. Menu yang disediakan tu macam biasalah, sayur, udang, sotong, cendawan, ayam, daging, dan macam-macam bahan proses. Yang paling saya suka, ayam black paper.


Selain menu yang boleh kita main masak-masak tu, ada juga disediakan makanan berat macam nasi, aiskrim, buah-buahan, colek, cendol dan bermacam-macam lagi pencuci mulut. Sampai tahap perut dah penuh. Kalau jenis suka makan dan banyak makan, memang sesuailah datang sini. Makan seberapa banyak yang kita nak dengan harga yang tetap, RM 18.90 termasuklah harga air. Duk sembang-sembang lebih dua jam, kemudian balik dengan perut yang kenyang dan hati yang senang.

P/s: Banyak sesi lepak bila memang tak ada kerja ni. Eh?

Senarai 10 Jutawan Terkaya di Malaysia

Posted by Ahsfantasy Ryu 19 Buah Fikiran Pengunjung

Bangun pagi tadi terfikir tentang Syed Mokhtar Al-Bukhary. Bagaimana beliau boleh jadi sehebat itu? Beliau ada acuan hidup yang tersendiri dan saya amat mengaguminya.

NO.
NAMA
NILAI BERSIH  (US$ BILLION)
1
Robert Kuok
12.4
2
Ananda Krishnan
9.9
3
Lee Kim Hua
6.5
4
Lee Shin Cheng
5.2
5
Teh Hong Piow
5.0
6
Quek Leng Chan
4.2
7
3.3
8
Yeoh Tiong Lay
2.6
9
Tiong Hiew King
1.5
10
Vincent Tan
1.2
Jika kita tidak mampu jadi seperti beliau, cuba menjadi yang terhebat dalam diri sendiri pun sudah memadai. Semoga berjaya dunia akhirat. 

Sumber: Wikipedia

Kau Tinggalkan Aku Untuk Dia

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Disember 21 16 Buah Fikiran Pengunjung
Mereka kata kau tinggalkan aku untuk dia. Memang ternyata kerna hingga hari ini kau tetap di sisi dia. Khabarnya bersama dia hidup kau lebih selesa dan bahagia, dia mampu kurnia apa sahaja yang engkau minta. Ya, dia punya nama dan harta, pasti tewas aku si kerdil yang kedana. 

Kau Tinggalkan Aku, Kecewa, Masa lalu, Cinta
Mereka kata aku bodoh selalu mudah diperdaya. Kata mereka mungkin berbisa, tapi tak mengapa aku sudah terbiasa. Dikhianati percaya itu aku sering sahaja. Aku terduduk memangku asa, mengumpul lima aksara yang selalu buat aku selesa, kau dan aku; CINTA. 

Mata aku terlalu tenat dan buta, hingga aku tak bisa lihat sesiapa. Mungin kerna di hatiku ada kamu cuma. Hingga tiba pengganti yang ke lima, hati aku tetap sama, padamu juga. Dalam memikirkan setia yang lama, aku telah banyak menggores luka; di hati mereka yang tidak punya dosa untuk sakiti aku dengan sengaja. Tiba saat kau ditinggal dia, saat ini juga aku aku fikir kita tak harus bersama. Aku mulai akur jalan kita tidak lagi di lorong yang sama.

P/s: Reda itu bahagia.

Bloglist Blogger Baharu 2013 | Segmen Tambah Follower !

Posted by Ahsfantasy Ryu 162 Buah Fikiran Pengunjung
Salam Jumaat, penghulu segala hari. Pada tahun sebelumnya, lebih 400 orang blogger menyertai segmen Bloglist Blogger Baharu, boleh tengok pautan ini [KLIK]. Perhimpunan blogger yang mempunyai follower yang kurang daripada 1000 orang dan sekarang tiba masanya kita update bloglist tersebut. Syarat penyertaan:
  1. Follower anda mestilah kurang daripada 1000 orang;
  2. Buat entry ringkas tentang bloglist ini dan pautkan ke sini, tujuannya agar lebih ramai rakan-rakan blogger baharu tahu tentang bloglist ini;
  3. Tinggalkan link entry anda ke entry ini, tinggalkan juga ID blog anda;
  4. Siap !
MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com
Tarikh Tutup Penyertaan: 30 Disember 2012
P/s: Moga semakin ramai kenalan, follower, dan meningkat trafik blog kita.

Senarai Penuh Peserta Segmen Blogger Baharu 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu 0 Buah Fikiran Pengunjung
Sebelum tu nak iklan sikit, kalau bermurah hati, sila klik beberapa button yang ada dalam blog ni (Klik G+1, Like FB, Follow Blog dan Follow Twitter).. Di header, sidebar dan juga dalam post ini. Jasa kalian amat dihargai :)

Moga-moga tahun 2012 memberikan semangat yang semakin tinggi buat semua blogger baharu. Merancakkan perkongsian yang berakna dan bermanfaat. Saya usahakan butang 'ikut' dan pautan jejak untuk memudahkan kalian berkomunikasi. Harap semuanya membantu meningkatkan bilangan follower dan trafik ke blog kalian. Semuanya telah saya muatkan di http://gengbloggerbaru.blogspot.com/. Kalau rindu, boleh jenguk sana. Semua peserta wajib melawat dan follow blogger yang telah disenaraikan di bawah. Percayalah, ini untuk kepentingan bersama.

MyEm0.Com SENARAI A
  1.  http://www.ahsfantasy24.com/
  2.  http://syamiminazifa.blogspot.com/
  3.  http://www.duniawilma.com/
  4.  http://hasanahzulkifli.blogspot.com/
  5.  http://dakcomot12.blogspot.com/
  6.  http://ladyfirm.blogspot.com/
  7.  http://ceritasatucinta.blogspot.com/
  8.  http://annurislam90.blogspot.com/
  9.  http://effydollah.blogspot.com/
  10.  http://www.paanzainudin.my/
Join Us | Let's Move! SENARAI B
  1.  http://melodyhidupku.blogspot.com/
  2.  http://www.nurfuzie.com/2012/12/
  3.  http://www.cikgucomel74.my/
  4.  http://sitinorhalizastory.blogspot.com/
  5.  http://lifemakemecrazy.blogspot.com/
  6.  http://mrsteddybearlover.blogspot.com/
  7.  http://arrienlove.blogspot.com/
  8.  http://hotmasakini.blogspot.com/
  9.  http://aasminizari.blogspot.com/
  10.  http://myrahthesamurai.blogspot.com/
Join Us | Let's Move! SENARAI C
  1.  http://hasanahzulkifli.blogspot.com/
  2.  http://www.nieyxzha.com/
  3.  http://pinky-phieya.blogspot.com/
  4.  http://randomssssss.blogspot.com/
  5.  http://penaputehh.blogspot.com/
  6.  http://nrthrhbzz.blogspot.com/
  7.  http://sisjaat.blogspot.com/
  8.  http://sayasukamakanbiskut.blogspot.com/
  9.  http://jarikudiy.blogspot.com/
  10.  http://csmaryam.blogspot.com/
Join Us | Let's Move! SENARAI D
  1.  http://greenamila.blogspot.com/
  2.  http://sleavelife.blogspot.com/
  3.  http://abdulwalidali.blogspot.com/
  4.  http://amalinabulat.blogspot.com/
  5.  http://slumberzgurll.blogspot.com/
  6.  http://nurulainariffin.blogspot.com/
  7.  http://tyhaleelolipop.blogspot.com/
  8.  http://datinirawmk.blogspot.com/
  9.  http://tikahada.blogspot.com/
  10.  http://dialavenda.blogspot.com/
Join Us | Let's Move! SENARAI E
  1.  http://dialavenda.blogspot.com/
  2.  http://cikmatahariku.blogspot.com/
  3.  http://lyana92.blogspot.com/
  4.  http://jukdin.blogspot.com/
  5.  http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
  6.  http://www.belogisam.my/
  7.  http://my-adam.blogspot.com/
  8.  http://pelengkaprusukiri.blogspot.com/
  9.  http://coretangirlblog.blogspot.com/
  10.  http://nasuhanass.blogspot.com/
Join Us | Let's Move!SENARAI F
  1.  http://wanaowen.blogspot.com/
  2.  http://www.rainbowmarshwallow.my/
  3.  http://inspiritdays.blogspot.com/ 
  4.  http://iehahfarihah.blogspot.com/
  5.  http://gadismerahjingga.blogspot.com/
  6.  http://aegyoshieee.blogspot.com/
  7.  http://haziqah-kembaramuslimah.blogspot.com/
  8.  http://anzulnashome.blogspot.com/
  9.  http://gaarakeyra.blogspot.com/
  10.  http://sigadismerah.blogspot.com/
Join Us | Let's Move! SENARAI G
  1.  http://stilovkatahatistilovastrid.blogspot.com/
  2.  http://nadhirahnoorkhan.blogspot.com/
  3.  http://nadhirahnoorkhan.blogspot.com/
  4.  http://stilovkatahatistilovastrid.blogspot.com/
  5.  http://secretofshaila.blogspot.com/
  6.  http://nidajiwakosong.blogspot.com/
  7.  http://meyrajohn.blogspot.com/
  8.  http://systaahoneebunny.blogspot.com/
  9.  http://babyriiristory.blogspot.com/
  10.  http://rabiaeiyah.blogspot.com/
Join Us | Let's Move!SENARAI H
  1.  http://hshamira.blogspot.com/ 
  2.  http://sitinoorsakinah.blogspot.com/
  3.  http://secretofshaila.blogspot.com/
  4.  http://armsrenee.blogspot.com/
  5.  http://tyhaleelolipop.blogspot.com/
  6.  http://asmarpunyablog.blogspot.com/
  7.  http://www.ieta.my/
  8.  http://tysakura.blogspot.com/
  9.  http://marshmallowchintacokelat.blogspot.com/
  10.  http://www.anisyafiqahwr.my/
  11.  http://cino232.blogspot.com/
  12.  http://iamkila.blogspot.com/
  13.  http://filemtempatanterbaik.blogspot.com/
  14.  http://www.mhakimfaiz.my/
Join Us | Let's Move!
SELESAI! Moga bermanfaat buat semua
Kalau ada yang tercicir, mohon maklumkan..

...Tulisan Rakan Blogger