Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Cara Kira BMI (Body Mass Index) / IJT (Indeks Jisim Tubuh)

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Jun 27 25 Buah Fikiran Pengunjung

Perempuan memang sensitif bila disentuh mengenai berat badan. Selera makan yang melampau dan tidur yang berlebihan jika dibandingkan dengan sebelum ini telah membuatkan berat badan naik dengan rancak. Pertambahan 9 Kg dalam masa 2 minggu memang bikin hati gelisah. Tapi bila jenguk BMI, masih normal, tetap susah hati.

Bagi memudahkan rujukan saya atau rakan-rakan, saya tempek cara nak kira BMI ni. Kalau nak kira manual, memang jenuh. Tambah-tambah lagi sekarang cikgu-cikgu pun kena periksa BMI murid seorang demi seorang. Sekarang, ada lagi yang nak pertikai gaji guru naik? Lempang laju-laju nanti!

Kalau nak kira sendiri, guna rumus ni, indeks jisim tubuh = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]. Orang yang mementingkan kesihatan diri pasti akan ambil berat tentang BMI ni.

Tengok pula kita berada dalam kategori mana. Bila dah tahu tu pandai-pandailah ambil tindakan susulan, kurang atau tambahkanlah yang sepatutnya. 

Panduan pengiraan BMI
Kurang daripada < 18.5 
 Kurang berat badan
18.5 hingga 24.9 
 Berat badan unggul
25 hingga 29.2     
 Berlebihan berat badan
Lebih daripada > 30 
 Obesiti

P/s: Kesulitan amat dikesali. Saya tahu para guru sedang memerlukannya. Maaf atas ralat yang berlaku.

Muat Turun Manual Kajian Tindakan EPRD

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Jun 26 8 Buah Fikiran Pengunjung
Musim yang sepatutnya bermusimkan kajian tindakan ataupun action research. Pensyarah cakap nanti kena guna Manual Kajian Tindakan sebagai panduan penulisan. Kalau tak nanti penulisan jadi haru biru. Markah B untuk proposal tu sepatutnya pengajaran supaya dihentikan perangai acuh tidak acuh. Harap-harap Ringlet beri semangat baru.

Masa nak muat turun Manual Kajian Tindakan tempoh hari, banyak sumber yang kena block. Tak dapat tembus wireless. Ni saya tempek pautan bagi pengguna wireless yang kedekut. Buat rujukan saya dan mereka yang memerlukan.

P/s: Selamat menyiapkan kajian tindakan buat kawan-kawan IPG semester 8 !

Penggunaan Perkataan Guris dan Gores

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Jun 22 10 Buah Fikiran Pengunjung
Facebook ni menarik juga, boleh memberikan ilmu. Itupun jika kita gunakan dengan sebaiknya. Semalam satu ilmu baharu yang saya dapat iaitu penggunaan perkataan 'terguris' dalam penulisan. Apabila ada pensyarah kacak saya tegur barulah saya perasan.

Jom, tengok apa kata Kamus Dewan!
  1. gores (gorés) garis, calar, coret (corek); ~ api korek api, mancis; 
  2. bergores, bergores-gores bergaris(-garis), bercalar(-calar), berparut(-parut); 
  3. menggores menggaris, mencalar, menggarit; ~ hati melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan; 
  4. menggoreskan menggariskan, menggaritkan: ~ pisau pd meja; 
  5. tergores tergaris, tercorek; ~ dlm hati terlintas dlm hati, terfikirkan: tidak ~ dlm hatiku derhaka kepadanya; 
  6. goresan yg sudah digores (digaris), tanda atau bekas digores;
  7. penggoresan perihal menggores, pencalaran, penggaritan;
  8. penggores alat (spt pisau dll) utk menggores; kores.
Manakala perkataan guris, terguris, gurisan pula langsung tidak ada dalam daftar kata Kamus Dewan.

Kita selalu guna perkataan guris dalam menerangkan kelukaan terutamanya yang berkaitan dengan perasaan. Terguris hati, terguris perasaan dan sebagainya. Ini yang boleh kita perbetulkan sama-sama. Tukar perkataan tersebut dengan perkataan gores. Betullah apa yang Luna Maya nyanyikan tu.

P/s : Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Tips Memilih Pasangan Saat Kau Ada Yang Kedua

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Jun 21 26 Buah Fikiran Pengunjung
Bila dah mula masuk kampus ni, larut malam pun dah tak perasan. Jumpa kawan-kawan setelah 3 minggu tak jumpa, memang banyak cerita. Banyak juga kejutan yang dibawa. Isu yang paling hangat dan hangit semestinya tentang pasangan. Dua orang dah kahwin, lagi tiga orang yang masih terpinga-pinga. Bawah ni sembang-sembang anak dara. Jadi tak ditumpukan kepada tips memilih bagi yang dah berumah tangga. Peace!
Bila tiba tentang pilihan. Pertama dan yang kedua. Kita mula menyoal yang mana satu perlu kita pilih tanpa penyesalan di kemudian hari. Kawan saya cakap, "kalau kau ada pilihan yang kedua, kau pilih yang pilihan yang kedua". Ya, confirm saya akan garu kepala sambil tanya, "kenapa?" Kemudian dia cakap, "pilih yang kedua. Sebab kalau kau betul-betul sayangkan yang pertama, kau takkan jatuh cinta pada yang kedua." Dia gelak.

P/s: Dan apa yang dia cakap tu buat saya termenung sampai terlena. Komen?

Sudah Dapat Gading Bertuah Senduduk Tidak Berguna Lagi

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Jun 20 8 Buah Fikiran Pengunjung
Buah langsat kuning mencelah,
senduduk tidak berguna lagi,
sudah dapat gading bertuah,
tanduk tidak berguna lagi.

Subjek sastera semester ini bakal lagi mendekatkan saya dengan kazanah Melayu. Melalui aspek sastera, kami diperkenalkan dengan beberapa komponennya iaitu beberapa jenis puisi dan prosa termasuklah pantun. Lihat sahaja salah satu contoh pantun lama di atas, memang terlihat seni dan telitinya masyarakat zaman dahulu dalam memilih dan melafaz kata. 

Setiap diksi khazanah melayu mempunyai fungsi dan rasional yang tersendiri. Sebagai contoh, pemilihan buah langsat dan senduduk. Mengapa langsat dan senduduk yang menjadi pilihan? Falsafahnya buah langsat bermusim, senduduk pula senantiasa ada. Bila tibanya musim langsat, senduduk sudah tidak diendahkan lagi. Macam dalam kehidupan kita sehari-hari, bila datang sesuatu yang lebih, kita cenderung untuk meninggalkan yang lama sedangkan banyak ketika kita telah bersama yang lama.

Lihat sahaja warna buah yang dipilih. Langsat kulitnya kuning keemas-emasan dan isinya putih jernih yang jauh lebih menyerlah jika hendak dibangdingkan dengan warna buah senduduk yang berwarna merah pada kulit dan ungu gelap pada isinya. Bila datangnya sesuatu yang lebih tertarik, kita cenderung untuk meninggalkan yang biasanya bersama kita. Menyedihkan.

Banyak hal yang boleh dikupas daripada pantun tersebut tapi penat main hoki petang tadi dah buat saya rasa nak tidur awal. Ada persoalan. Sambil senyum, saya nak undur diri, selamat malam.

P/s: Jom belajar untuk menghargai apa yang kita ada, apa yang kita punya.

Bila Cinta Yang Kau Puja Mengundang Celaka

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Jun 16 24 Buah Fikiran Pengunjung
Bila orang yang sayang kau kata dia cinta, kau bangkitkan cereka jadikan semuanya cela. Walau dia sayang kau bagai nak gila, kau kata semua itu sandiwara semata. Bukan sahaja sayang dia yang kau persia, bahkan segala tentang dia juga turut kau hina.
Tapi bila sampai masa orang yang kau sayang kata dia cinta. Kau kata dia setia walau dia nyata main kayu tiga. Dalam kau tak duga, mungkin juga empat, lima. Kau butakan semua, konon dialah dewa; yang akan kau selalu puja dan cerita. Konon hanya dengan dia kau akan selalu gembira. Dia selalu buat kau ketawa dan mengusir duka. 

Lihat sahaja semalam cerita, apa tidak cukup untuk buat kau buka mata? Apa kau masih kabur teraba-raba dek terbelit kata? Apa engkau masih perlukan dia untuk kau kikis harta? Mohon ingat, kau bukan tak punya apa-apa. Apa kau tidak sayangkan jasad dan jiwa sendiri, wahai permata jiwa?

Apa tidak kau tahu, itu semua mengundang celaka? 

P/s: Biar aku pemerhati sahaja. Biar?

KAGUM IPGM 2012 Di IPG Kampus Perlis

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Jun 9 30 Buah Fikiran Pengunjung
Setelah 2 tahun KAGUM disenyapkan, tahun ni dihidupkan semula dengan pertarungan bagi skuad olahraga, barisan unit beruniform dan tunjang persatuan antara 27 Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia bertempat di IPG Kampus Perlis pada 9 Jun hingga 14 Jun 2012. Diharapkan program ini berjalan lancar dan memenuhi objektif yang direncanakan. - Gambar ihsan Asha Photo.

P/s: Dari zon tengah menuju ke zon utara. Doakan keselamatan perjalanan kami. 

Semakan Keputusan Peperiksaan Mei IPG KTAA 2012

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Jun 8 9 Buah Fikiran Pengunjung
Semakan keputusan Mei untuk PPISMP, PISMP, DPLI dan PPG Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan boleh mula disemak pada 16 Jun 2012 di laman http://www.smp.upptaa.net/. Sila masuk dengan menggunakan No KP : xxxxxx-xx-xxxx dan kata laluan : 1234. Mana-mana calon yang menghadapi masalah sila hubungi pegawai pengurusan Unit Peperiksaan. - I-Nabilah.

WW #14 | Pokok dan Buah Salak

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Jun 6 24 Buah Fikiran Pengunjung


Berlagak dan Lupa Diri Bila Kaya dan Berkuasa

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Jun 4 16 Buah Fikiran Pengunjung
Masa miskin hidup menumpang merempat, nak berteduh pun tak jumpa tempat. Punyalah susah hidup berkais macam ayam. Kalau masa tu pun hidup nak lupa Tuhan, memang bunuh dirilah jawapan terakhirnya. Tapi kita ada iman, jangan mati dalam kufur. Berusahalah untuk mecari rezeki meski diuji payah.

Daripada kesusahan kadang-kadang Tuhan bangunkan kita dengan kekayaan, kuasa dan kemewahan untuk menguji sejauh mana kita beriman kepada-Nya. Lain cerita pula bila dah ada harta dan berkuasa. Boleh jadi:-
  1. Dia akan menolong golongan yang lebih bawah daripadanya kerana dia sedaya berusaha membantu mengubah nasib sebab tidak sampai hati membiarkan sesama saudara hidup susah sedang dia bersenang-lenang (setiap antara umat Islam itu bersaudara);
  2. Dia hanya membiarkan sahaja golongan bawahan dan terus angkuh. Kononnya biar sahaja orang bawahannya berusaha sendiri untuk mengubah nasib mereka.

Tidak perlu melihat sesiapa, cukup dengan menilai diri sendiri apa kita takbur dengan nikmat Tuhan? Mohon didoakan agar kita semua tidak kufur dengan nikmat-Nya. Untuk setiap anugerah, ucaplah Alhamdulillah tanda terima kasih kepada-Nya.

P/s: Dunia hanya pinjaman dan kau hanyalah peminjam.

Sakit Itu Ingatan; Pencuci Dosa

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Jun 3 17 Buah Fikiran Pengunjung
Orang kata, langit tak selalu cerah. Kadang-kadang ada mendung, kadang-kadang hujan turun dan gelap malam pasti ada. Macam tu juga bila kita diuji sakit, itu ingatan untuk kita bahawa hidup ini bukan hanya ada sihat dan kita tidak akan sepanjang masa sihat. Sakit itu peningkat darjat dan penghapus dosa-dosa kecil, itupun jika kita terima dengan redha dan berlapang dada. 

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

P/s: Aku tahu kamu kuat. Puteri, semoga kamu lekas sembuh. 

Saya Mohon Sedikit

Posted by Ahsfantasy Ryu 14 Buah Fikiran Pengunjung
Saya mohon sedikit waktu, saya mohon sedikit ruang dan peluang. Temani dan pimpinlah saya untuk ke sana. Saya mohon sedikit kasih dan kelapangan, tetaplah bersama saya meski saya selalu rebah. saya mohon sedikit, tidak lebih daripada kadaran yang sedikit. Sungguh saya memerlu. Teman pandu.

P/s: Kadang kala tidak mengapa tapi ada ketika, teman itu sangat dibutuhkan.

Permohonan Ke Sekolah Seni Malaysia 2012

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Jun 2 14 Buah Fikiran Pengunjung
Rasa macam adik beradik-katak yang hidup bawah tempurung. Sekolah Seni Malaysia? Setelah hampir 5 tahun beroperasi, saya baru perasan tentang kewujudan sekolah ini. Mungkin sebab saya kurang berseni dan perkembangan seni dalam minda saya kurang aktif. Buat masa ni ada dua buah Sekolah Seni Malaysia iaitu di Johor Bahru dan Kuching.

Sekolah ini menempatkan murid-murid lepasan UPSR bertujuan memperkembangkan potensi seni murid dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah seiring dengan bakat dan potensi seni murid. Maknanya kalau seni A, moral atau agama juga A lah kan? Macam-macam jenis aliran sekaran ada untuk murid-murid lepasan sekolah rendah. Bagi ibu bapa yang berminat dengan sekolah ni, sila mohon di http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan/.   

Syarat Kemasukan

1.
Warganegara Malaysia
2.
Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut:
(seni visual/seni tari/seni muzik/seni teater)
3.
Tidak Cacat
4.
Lulus Uji Bakat
5.
Memperoleh keputusan dengan minimum 3B atau setara dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012

Bila Kau Sayang Dia, Sayang

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Jun 1 14 Buah Fikiran Pengunjung
Sayang, bila kau sayang dia, kau takkan biarkan dia jalan menyimpang saat kau tahu jalan yang lurus itu menghala ke arah mana. Tidak akan. Tuju. Berapa juta detik lagi ingin kau tunggu untuk dia tahu tentang apa yang ingin kau tuju? Mungkin apa yang kau perkata nanti nak seenak keju, mungkin juga bagi dia sekeji hempedu. 
Tapi sampai bila lagi rasa bersalah itu ingin kau pangku, kelak nanti tak ada ruang untuk kau dan kau akan terduduk kaku menyesal tak menentu. Engkau diberi waktu, tapi langkah kau layu lemah yakini Dia yang satu. Kau mula jalan seribu batu, pura-pura tidak tahu-menahu. Saat kau fikir mereka tidak akan hidu, saat itu jugalah mereka mula menyoal bertalu hingga buat kau tertunduk menelan malu.

Dia sayang kau, tapi bagaimana sayang itu, dia tidak tahu. 

P/s: Bila sayang, kau harus jadi berani.

...Tulisan Rakan Blogger