Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Penilaian Khas oleh Pihak SPP untuk Guru / PPPS DG41

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Mac 31 0 Buah Fikiran Pengunjung
Tahun 2013 membawa sedikit pembaharuan dalam sistem pelantikan tetap jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan pelajaran (SPP). Sesi Penilaian Khas diadakan untuk calon-calon yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah diyatakan pada sebelum ini. Bagaimana proses Penilaian Khas ini diadakan? Berikut merupakan perkongsian daripada rakan-rakan dalam kumpulan PISMP Ambilan Januari 2009 berdasarkan pengalaman mereka.

  1. Calon akan diagihkan kepada beberapa kumpulan dengan kapasiti sepuluh orang calon bagi setiap kumpulan.
  2. Sesi pendaftaran akan diadakan dan akan ada seorang urus setia bagi setiap kumpulan akan menyemak semua dokumen yang telah dinyatakan dalam senarai semak. Dokumen mesti lengkap dengan dokumen asal dan salinan yang telah disahkan.
  3. Selesai pendaftaran, satu sesi taklimat oleh pihak SPP akan diadakan. Inti pati taklimat bergantung kepada pihak SPP, namun kebiasaannya berkisarkan "Fungsi dan Peranan SPP."
  4. Perbincangan dalam kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan satu tajuk yang sama dan hasil perbincangan perlu dicatatkan di atas kertas yang telah disediakan.
  5. Jika ada masa yang terluang, akan diwujudkan slot santai seperti membuat persembahan ringkas.
  6. Jamuan ringan.
  7. Sesi soal jawab antara calon dan pihak SPP.
  8. Penyerahan surat lantikan.
  9. Bersurai.

Kredit Gambar: Eng Fyqa

Info Majlis Konvokesyen Graduan PISMP Ambilan Januari 2009

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Mac 30 10 Buah Fikiran Pengunjung
Konvokesyen graduan IPG ambilan Januari 2009 yang mengambil masa empat hari kali ini dibahagikan juga kepada dua kumpulan. Isi masa lapang dengan selidik jadual, tentatif dan peraturan yang pelu dipatuhi. Insya-Allah majlis ini akan berlangsung mengikut perancangan dan ketetapan berikut:

Tarikh       : 26 – 29 Mei 2013 (Ahad – Rabu)
Masa        : 8.00 pagi – 5.30 petang.
Tempat    : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

KUMPULAN 1 | 26 MEI 2013 TAKLIMAT & RAPTAI  0900-1030 | PENDAFTARAN 1100-1300
PENGKHUSUSAN/OPSYEN
TARIKH & SIDANG
Bahasa Melayu
Sidang 1
27 Mei 2013 – Isnin
0830– 1200
B. Ed. Tesl
Al-Quran
Pendidikan Jasmani
Sidang 2
27 Mei 2013 – Isnin
1415 – 1730
Pend. Khas (Pembelajaran)
Pend. Khas (Pendengaran)
Pend. Khas (Bahasa Tamil)
Pend. Khas (Penglihatan)
Pend. Khas (Bahasa Melayu)
Bahasa Cina
Sidang 3
28 Mei 2013 – Selasa
0830 – 1200
KUMPULAN 2 | 27 MEI 2013 TAKLIMAT & RAPTAI 1400-1630 | PENDAFTARAN 1630-1730
PENGKHUSUSAN/OPSYEN
TARIKH & SIDANG
Sains
Sidang 4
28 Mei 2013 – Selasa
1415 – 1730
Pengajian Sosial
Pendidikan Islam
Reka Bentuk Dan Teknologi
Sidang 5
29 Mei 2013 – Rabu
0830 – 1200
Matematik
Pendidikan Seni Visual
Sidang 6
29 Mei 2013 – Rabu
1415 – 1730
Muzik
Prasekolah

PAKAIAN DAN PENAMPILAN SEMASA KONVOKESYEN 
  • LELAKI; Baju Kebangsaan Lengkap Bersamping (Warna Gelap), dan Songkok hitam 
  • Lounge Suit (Warna Hitam) dan tali leher 
  • Kasut Kulit Hitam - berkilat 
  • Stoking Gelap 
  • Rambut Pendek, Misai dan janggut didandan 
  • WANITA; Baju Kurung atau Kebaya Labuh atau Pakaian sesuai – Warna tidak terlalu terang 
  • Pakaian kebudayaan, skirt dan seluar panjang tidak dibenarkan 
  • Kasut Kulit Hitam (‘court shoe’)tinggi sekurang-kurangnya 1.5 inci. Kasut sandal tidak dibenarkan 

YURAN KONVOKESYEN 
  • Bayaran RM 200.00 jika hadir. 
  • Bayaran RM 100.00 jika tidak hadir – wajib bayar walaupun tidak hadir. 
  • Bayaran perlu dibuat dengan menggunakankiriman wang/wang pos semasa mendaftar. Bayaran dibuat atas nama “PENGARAH, IPG MASING-MASING”. Tuliskan Nama, Bidang Pengkhususan dan Ambilan di belakang wang pos berkenaan. 
  • Bayaran tunai boleh dibuat semasa pendaftaran di PICC jika menghadapi masalah urusan pos. 

PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN JUBAH 
  • Jubah boleh diambil semasa hari pendaftaran pada 26 Mei 2013 dan 04 Jun 2013 di kaunter pendaftaran di Lobi Aras M, PICC, Putrajaya. 
  • Pemulangan jubah dibuat selepas majlis konvokesyen selesai di kaunter yang sama. 
  • Ijazah hanya akan diberi selepas syarat berikut dipenuhi iaitu jubah telah dipulangkan dan semua hutang dengan institut (jika ada) telah dijelaskan termasuk pemulangan buku perpustakaan dll.
Sumber: IPG Kampus Rajang dan lmsipda

'Secret Song For You'

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Mac 29 0 Buah Fikiran Pengunjung
You were there to light my day
you were there to guide me through
from the days down and on 
I'll never stop thinking of you

How can I forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be apart of me
how I wish you were still mine

Never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

I know it's me who said goodbye
and thats the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

For all the thing I've done and said
for all the hurt that I've cause you
I hope you will forgive me baby 
cause that wasn't what I meant to do

Slip Rebat Telefon Pintar Hilang Atau Belum Cetak?

Posted by Ahsfantasy Ryu 5 Buah Fikiran Pengunjung
Bosan tadi pusing-pusing kedai gajet. Bila dah pusing tu keluar bintang lah pula mata ni bila terpandang benda putih si Samsung Galaxy S III Mini ni. Comel, tahu tak? Dah bila tengok tu rasa berkenan di hati. Angkat Samsung Galaxy S III Mini belum lagi, cuma tengah angkat-angkat kening baru ni... Esok boleh intai-intai kedai tu lagi dan malam ni boleh tidur sambil senyum. 

Kalau masih ada yang belum tebus rebat telefon pintar yang bernilai RM 200 tu, bolehlah tebus segera. Kalau tak nak beli telefon pintar pun, tebus tunai sahaja. Ada tak macam ni? Pusing-pusinglah.. Hilang slip rebat atau belum cetak? Ini jalannya.

Tebus Slip Rebat Telefon Pintar 2013:
https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/Success?ic=************
Gantikan ************ dengan 12 nombor kad pengenalan anda.

P/s: Internet dah macam siput sedut cedera ni memang buat perasaan blogging merudum.

Kau Tak Tahu Betapa Aku Manis Bila Bersama Dia?

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Mac 25 12 Buah Fikiran Pengunjung
Malam tadi mata berpinar-pinar tunggu jam 12, buat julung-julung kali aku rasa nak jadi orang pertama yang ucap selamat ulang tahun buat seseorang; teman yang selalu menemani. Tapi kurang beberapa minit nak ke jam 12, aku dah tewas di pekan lena.

Pagi tadi bila celik mata memang dia yang ada dalam kepala, sebab nak ajak teman ke pasar, beli barang kenduri kendara. Dalam otak, 'happy birthday to you' tu dah hilang entah ke mana. Lupa, aku memang pelupa, dan itu memang mengecewakan. Bila jumpa, dia mula sibuk layan BBM macam lupa aku ada sebelah dia, aku mula tak selesa, macam ada sesuatu yang tak kena.

Walaupun rasa macam pandu kereta keseorangan, aku tetap bersahaja, sampailah dia cakap 'minta maaf, hari ni bertubi-tubi kawan-kawan sapa' sambil senyum-senyum. Ah, masa tu baru aku ingat, hari ni ulang tahun kelahiran dia! Marah pada diri sampai aku rasa nak hempuk kepala di stereng kereta.

Dia teman yang boleh buat aku ajak ke mana-mana, lenyap dari rumah dari pagi hingga senja, perang mulut dalam ketawa, gaduh-gaduh seminit dua dan gurau biawak dalam manja-manja.

Nak ucap selamat pun macam dah tak berapa nak istimewa. Dah mula segan-segan tak tahu kenapa. Jadi aku merepek sini sahaja, ucap SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN, sayang. Moga kehidupan dia sentiasa dipayungi keberkatan, tenang, bahagia dan aman di sisi keluarga tercinta. Moga dijodohkan dengan pasangan yang baik-baik. Moga kelapangan hati menjadi peneman setiap ketika... Amin.

P/s: Tulisan yang tak sengaja panjang. Maaf.

Sampai Satu Masa Kita Jatuh

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Mac 21 2 Buah Fikiran Pengunjung
leave, love, allah, you
Hidup ini susah nak kita duga. kadang-kadang kita rasa dekat dengan seseorang tu tapi sebenarnya jauh. Walau kita dapat capai dan genggam tangan dia tapi belum tentu hati dia kita dapat salami. Mungkin kita dapat buat dia ketawa tapi kita tak tahu apa makna senyumannya. Bila dia menangis kita sangka kita dapat memujuknya walhal kehadiran kita langsung tak disenanginya. Rencah dunia, kita tak tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh, adakah tangan itu menghulurkan tangan atau kita ditinggalkan?

P/s: Orang hanya mampu meneka, tapi dalam hati tu hanya dia yang rasa.

Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Mac 19 29 Buah Fikiran Pengunjung
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

STRUKTUR PROGRAM
Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester


SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993. 
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris. 
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti).

CARA MEMOHON
  • Tidak perlu lagi membeli nombor pin di BSN seperti tahun-tahun sebelum ini.
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di pautan: http://apps.moe.gov.my/kplspm2013 mulai 22 Mac 2013. 
Pemohon dinasihatkan memuat turun e-Panduan: http://www.moe.gov.my/artikelkplspm.pdf bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan ataupun boleh juga berkunjung ke pautan http://apps.moe.gov.my/smg/kplspm2013.cfm
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
  • Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar  sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 31 MAC 2013 (11.59 MALAM).  Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ditangguhkan kepada 6hb Mei 2013 (Isnin).


P/s: Selamat mengisi kurang lebih 1200 tempat guru pelatih baharu di IPG. Selamat datang ke dunia pendidikan.

Cara dan Panduan Isi Borang UPU 'Online' 2013 : STPM

Posted by Ahsfantasy Ryu 0 Buah Fikiran Pengunjung
Alhamdulillah, semalam keputusan STPM telahpun diumumkan. Harapnya apa yang diterima merupakan kesudahan yang terbaik buat semua. Perjalanan perlu diteruskan, selamat meneruskan kembara dan menjejakkan kaki ke menara gading. 

Untuk menentukan destinasi seterusnya yang kita fokuskan kepada UPU/IPTA, semua calon perlu nilai diri sendiri berdasarkan keputusan yang diperoleh juga. Bukan pilih apa yang kita mahu, tapi pilih apa yang kita mampu. Semak semula kelayakan kita. Berikut merupakan manual panduan yang mungkin akan dapat membantu kita membuat pilihan yang baik:

Muat turun Buku Panduan dan Surat Pekeliling Permohonan Kemasukan Ke IPTA bagi calon STPM dan STAM 2012 (Peringkat Ijazah)

P/s: Buntu? Jumpa kaunseling sekolah, insya-Allah mata kita terbuka.

Senarai Wira Negara yang Gugur di Lahad Datu

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Mac 18 0 Buah Fikiran Pengunjung
lahad datu, askar, komando,sultan sulu, tentera, polis, mati,terkorban
Memang benar, ini bukan masanya untuk menunding jari, mohon semuanya bersatu hati memelihara keamanan dan keharmonian negara. Usah pula melancarkan perang dingin sesama kita apa lagi tuduh-menuduh yang jelas tidak menguntungkan. Tunjukkan pada dunia bahawa negara kita sebuah negara yang kuat.

Bila fikir bahawa pertempuran ini melibatkan kita sesama Islam, itu menyedihkan. Moga ada solusi terbaik buat kedua-dua belah pihak.

Salam takziah buat keluarga wira-wira kita yang terkorban dalam usaha memelihara keselamatan dan keamanan negara. Jasa yang tidak akan mampu kita balas. 
  • 1 Mac 2013 - ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69. 
  • 1 Mac 2013 - Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69. 
  • 2 Mac 2013 - ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman. 
  • 2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna. 
  • 2 Mac 2013 - Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau. 
  • 2 Mac 2013 - L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau. 
  • 2 Mac 2013 - Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
  • 2 Mac 2013 - Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau. 
  • 12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.
  • 12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21, dari Batalion 3 RAMD Sandakan.

P/s: Tak payah bising-bising tentang dalang. Kalau tenyata salah dan punya bukti kukuh, bawa ke muka pengadilan. Kita punya perlembagaan yang luhur dan undang-undang yang berdaulat.

Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga | Ikhtilat

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Mac 13 6 Buah Fikiran Pengunjung
cinta, islamic couple, sweet couple, doodle, cinta selepas nikah, kahwin
"Antara sebab mengapa gagalnya sesebuah rumah tangga itu adalah kerana gagalnya suami & isteri menjaga ikhtilat (percampuran) antara lelaki dan perempuan di luar rumah tangga mereka", kata Hilal Asyraf.

Ikhtilat lelaki & perempuan ajnabi (yang boleh dikahwini) ini bukan isu untuk yang belum berkahwin semata-mata tapi  isu orang yang sudah berumah tangga juga.

Memang perlu, untuk sama-sama jaga diri dan tidak terlalu terbuka bercampur dengan lelaki/perempuan ajnabi. Dikhuatiri akan menimbulkan masalah di kemudian hari jika percampuran ini berada di luar kawalan. Bukan sahaja boleh menimbulkan fitnah dan prasangka buruk, bahkan boleh meruntukan institusi kekeluargaan juga.

Walau apapun, semuanya bergantung kuat pada diri sendiri, tetapkan dalam hati, apa yang diperlukan oleh diri dan keluarga dalam menuntut redha Ilahi. Sama-sama berada dalam lorong ke syurga, In syaa Allah.

P/s: Dan memang dalam diri dia ada cemburu yang menebal.

Semak Keputusan STPM Secara 'SMS' dan 'Online' | 18 Mac 2013

Posted by Ahsfantasy Ryu 16 Buah Fikiran Pengunjung
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin depan (18 Mac 2013). Berdebar-debar bila dapat tahu tentang pengumuman keputusan STPM bagi calon yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun lalu, sebab ada antara orang terpenting dalam hidup saya tu pun turut sama menduduki peperiksaan STPM 2012

Pada 2012, seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan STPM di 760 pusat pemeriksaan pada 2012 dan daripada jumlah itu, 47,708 adalah calon sekolah kerajaan, 1,112 calon sekolah swasta, 2,795 calon persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari pada 18 Mac 2013 manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Semua calon juga boleh membuat semakan melalui:
SMS : Taip STPM RESULT <jarak> No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Calon yang menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 boleh menyemak keputusan mereka dengan melayari laman web MPM atau menghantar SMS pada 21 Mac ini.

Sumber: Sinar Harian

Tukar Nilai Ringgit Malaysia Kepada Mata Wang Asing

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Mac 12 11 Buah Fikiran Pengunjung
Tak tahu nak buat apa, jalan-jalan di blog-blog membeli belah. Jauh sangat jalan sampailah saya ke pasaran Indonesia. Banyak jejak tapi terduduk lama di laman Tako Baju dan Citra Busana. Bila dah namanya blog orang Indonesia, maka mata wang yang digunakan pastinya dalam nilai Rupiah. Tak perlu nak garu-garu kepala, aplikasi di bawah ni akan tukar nilai mata wang kita dengan pelbagai mata wang lain seluruh dunia. Kalau nak berurus niaga, kena hadam ilmu transaksi luar negara pula.

TUKAR NILAI RINGGIT MALAYSIA KEPADA MATA WANG ASING


P/s: Sambung tengok Bayu Cinta Luna. - RTK5RTX7XTPJ

Youth Credit Card Design Contest: Nuffnang

Posted by Ahsfantasy Ryu 3 Buah Fikiran Pengunjung
Nuffnang menganjurkan pertandingan reka bentuk kad kredit untuk tahun 2013. Sesiapa yang ada bakat tu, bolehlah sertai. Untung sabut, timbul. Kan? Hadiah yang sangat lumayan ditawarkan iaitu Macbook Pro dan iPad Mini 16GB. Cuma ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Reka bentuk grafik kad kredit dengan ukuran sekurang-kurangnya dengan resolusi 2,022px (panjang) x 1,275px (lebar) atau 21.06 inci (panjang) x 13.28 inci (lebar);
  2. Latakkan rekaan kad anda di blog anda sendiri melalui blog post;
  3. Ceritakan konsep yang anda gunakan dalam reka bentuk tersebut dan berikan rocking name kepada kad kredit ciptaan anda;
  4. Setelah selesai tiga langkah di atas, hantar pautan penyertaan anda ke laman Blog Nuffnang;
  5. Tarikh tutup peyertaan ialah pada 12.00PM, 17 Mac 2013 (Ahad).
  6. Syarat dan terma lanjut boleh dimuat turun di sini.

P/s: Telalu rendah diri nak turut sertai.

Pure Marine Collagen | Kolagen Asli Rumpai Laut

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Mac 11 10 Buah Fikiran Pengunjung
Ke hulu ke hilir, rata-rata orang sembang tentang Pure Marine Collagen ni. Ada macam-macam gred, macam-macam warna dan macam-macam harga untuk kita dapatkan. Teringin nak guna dengan konsisten, tapi bila dah beli tu letak elok dalam peti, nak makan pun selalu lupa. Macam mana nak sihat? Kalau belum tahu lanjut tentang Pure Marine Collagen ni, jom saya jelaskan.

Kolagen merupakan protien utama dalam pembentukan tisu dalam badan manusia. Banyak cara untuk menambahkan kolagen dalam badan dan salah satunya ialah dengan pengambilan Pure Marine Collagen. Kekurangan kolagen dalam badan akan menyebabkan kulit mudah berkedut, kusam dan tak bermaya serta meningkatnya kadar pigmentasi kulit. Badan pun mudah letih dan mengalami sakit-sakit sendi dan otot.

KANDUNGAN
  • Kolagen: 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.
  • Kalsium: 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.
  • Antioksida: 550 kali lebih kuat dari vitamin C.
  • Vitamin A: 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.
  • Protien: 21 kali lebih banyak dari susu.
  • Omega 3 dan Omega 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.


KELEBIHAN dan KHASIAT

  • Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
  • Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
  • Memejalkan payudara, otot dan punggung
  • Menyihatkan rambut dan kuku
  • Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kelenjar tiroid
  • Mengurangkan penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
  • Mengurangkan selulit
  • Memberi tenaga
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan sakit bahu dan belakang
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
  • Meningkatkan sel rawan,ligamen dan otot
  • Merawat penyakit gout
  • Mencegah kanser/tumor
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan
  • Merawat gastrik
  • Anti bakteria/kulat
  • Merawat anemia
  • Menurunkan tahap Kolestrol dalam badan
  • Menyerap lebihan garam dalam tubuh
  • Melicin, menegang dan menghaluskan kulit
  • Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
  • Mengstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
  • Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
  • Memberikan rasa kekenyangan.
  • Memelihara usus kecil (mengelakkan buasir/sembelit)

P/s: Sembang-sembang. Kalau nak beli, intai di internet, ada ramai yang jual.
Kredit Gambar: Kisah Mommy

Dalam Hidup, Orang yang Derita ialah Orang Yang Lemah?

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Mac 5 16 Buah Fikiran Pengunjung
Hello dear!
Hello babe, apa cerita lama tak dengar berita?
Aku ada babe, cuma aku takut masa kau untuk aku tu terhad. Kau kan sibuk..
Sepak nak?

* Dan mereka saling tertawa.

Apa mimpi tiba-tiba hidup dengan nombor baru?
Tak mimpi, cuma aku nak rasa tenang.

Dia ganggu kau lagi?
* Diam.
Chill babe.. Kau tak macam ni kan?

Aku penat. Kau tahu kan?
Dah, dah... End call sekarang. Tukar nombor lama, 5 minit lagi aku call kau.

P/s: Dan orang yang selalu memahami kau akan dapat takluk hati kau dengan mudah.

...Tulisan Rakan Blogger